Ibadah haji: Kerajaan Arab Saudi belum keluar kenyataan rasmi

Share


Dr zulkifli
Kerajaan Arab Saudi belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pelaksanaan ibadah haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Katanya, beliau telah mengadakan perjumpaan dengan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussien Saeed Qattan semalam, untuk mendapatkan penjelasan mengenainya.

“Berdasarkan penjelasan Mahmoud Hussien, belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berkenaan penangguhan ibadah haji tahun ini.

“Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam untuk tidak menyebarkan sebarang khabar angin berkenaan perkara ini, sebelum kita mendapatkan pengesahan secara rasmi,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

MalaysiaGazette

(Visited 2 times, 1 visits today)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *