Bapa cekik sampai mati anak tutup siaran perlawanan kriket

Kejadian itu berlaku ketika keluarga itu menonton perlawanan kriket pada televisyen. – Ary News

NEW DELHI – Seorang lelaki di negeri Uttar Pradesh, India mencekik leher anaknya kerana mematikan televisyen ketika dia menonton perlawanan akhir Piala Dunia Kriket, lapor laman berita Wion News.

Kejadian itu berlaku selepas seorang lelaki berusia 23 tahun di Bengal Barat membunuh diri akibat terlalu taksub dengan kriket akibat kekalahan pasukan lelaki India.

Ganesh Prasad dilaporkan mencekik anaknya, Deepak di rumah mereka di Kanpur selepas budak lelaki itu meminta bapanya berhenti menonton perlawanan dan memasak makan malam.

Apabila bapanya tidak mengendahkan permintaannya, Deepak berasa marah dan mematikan televisyen.



Akibatnya, pertengkaran tercetus antara dua beranak itu dan berlaku pergaduhan fizikal. Ketika kejadian, Prada berada di bawah pengaruh alkohol.

Menurut polis, Prasad mencekik anaknya menggunakan kabel pengecas mudah alih. Sebaik sahaja menyedari anaknya sudah meninggal dunia, dia melarikan diri sebelum ditahan Isnin lalu.

Seorang saudara kemudiannya menemui mayat Deepak terbaring di atas tangga. Siasatan lanjut sedang dijalankan dan mayat telah dihantar untuk bedah siasat.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mawar Rashid sah bercerai



Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah

Kilafairy buat hal lagi



Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker