110 kes baru Covid-19, jumlah keseluruhan kini 900

Share

Malaysia mencatatkan 110 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit setakat hari ini 900 orang, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

63 daripada kes terbaru mempunyai kaitan dengan perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling di sini awal bulan ini.

Adham berkata, 20 pesakit kini ditempatkan di wad rawatan intensif (ICU).

Katanya, 15 pesakit sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang hari ini, menjadikan semuanya 75 kes pulih setakat ini.

Selasa lalu, Malaysia mencatatkan 2 kematian pertama kerana Covid-19 membabitkan seorang pastor berusia 60 tahun dari Sarawak dan seorang lelaki berusia 34 tahun yang menyertai perhimpunan tabligh di Sri Petaling pada 27 Feb hingga 1 Mac lalu.

Kira-kira 16,000 jemaah, termasuk 1,500 warga asing dilaporkan menyertai perhimpunan itu.

Adham berkata negeri paling banyak kes Covid-19 adalah Selangor sebanyak 223 kes, diikuti Wilayah Kuala Lumpur (123 kes), Sabah (112 kes), Johor (101 kes), Negeri Sembilan (55 kes), Sarawak (51 kes), Kelantan (44 kes), Kedah (40 kes), Perak (35 kes), Pulau Pinang (32 kes), Pahang (32 kes), Terengganu (11) kes, Perlis (9 kes), Wilayah Putrajaya (6 kes) dan Wilayah Labuan (5 kes).

FMT

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!