Covid-19 : 105 kes baru hari ini. · MYKMU.NET

Covid-19 : 105 kes baru hari ini.

Share

Kes baru jangkitan Covid-19 melonjak ke 105 kes hari ini, berbanding 69 kes semalam, ketika negara bersiap sedia untuk sekatan yang lebih ringan bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat.

Angka hari ini mendekati bilangan pesakit yang pulih dan dibenarkan keluar wad, iaitu 116 orang. Angka semalam seramai 39 pesakit Covid-19 sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan perkembangan itu pada sidang media hari ini.

Beliau berkata daripada kes jangkitan baru itu, 11 daripadanya kes import dan 94 kes tempatan.

“Di mana 60 kes dikesan dari lokaliti bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya.

Ketika ini, seramai 1,747 kes aktif Covid-19 sedang dirawat, dengan 31 kes dirawat di unit rawatan rapi dan 12 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan dibenarkan keluar wad 4,326 kes, bersamaan 70% daripada jumlah keseluruhan kes, iaitu 6,176 kes.

Jumlah keseluruhan korban Covid-19 kekal 103 kes, bersamaan 1.67% daripada jumlah keseluruhan kes.

FMT

Leave a Reply