Putrajaya sahkan 1 lagi kes koronavirus

Putrajaya hari ini mengesahkan pertambahan 1 lagi kes baru koronavirus novel 2019 (2019-nCoV), menjadikan jumlah kumulatif positif virus itu yang dilaporkan sehingga hari ini adalah 16 orang.

Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail berkata kes itu melibatkan pelancong warga China berumur 67 tahun yang merupakan ibu kepada kawan kes ke-14 yang dilaporkan positif pada 6 Feb lalu.

“Mengambil kira kes terbaru ini adalah kontak rapat kepada kes tersebut, beliau diarahkan untuk tidak ke mana-mana bagi menjalani Perintah Pengawasan dan Pemantauan.



“Ujian pengesanan dan pengesahan 2019-nCoV dibuat dan dilaporkan positif pada 7 Feb 2020. Beliau kini telah dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Kuala Lumpur dan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Wan Azizah, dengan pertambahan 1 kes baru ini yang melibatkan 4 warga tempatan dan 12 warganegara China, 7 kes adalah Patient-UnderInvestigation (PUI), 7 kes dalam kalangan kontak rapat dan 2 kes dalam kalangan rakyat tempatan yang dibawa pulang dengan Misi Bantuan Kemanusiaan.

Rabu lalu, kes jangkitan koronavirus meningkat kepada 12 kes, selepas 2 rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan disahkan positif koronavirus.

Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad berkata, 2 kes terbaru itu membabitkan seorang bapa berusia 45 tahun dan anaknya 9 tahun.



Katanya, 2 beranak yang sedang dirawat di wad pengasingan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban itu dilaporkan dalam keadaan stabil.

Terdahulu, Dzulkefly mengumumkan kes pertama membabitkan rakyat Malaysia dikesan positif koronavirus. Lelaki berusia 41 tahun dari Selangor itu mempunyai rekod perjalanan menghadiri mesyuarat di Singapura dari 16 hingga 23 Jan di mana mesyuarat itu turut dihadiri delegasi antarabangsa termasuk dari China.

FMT

Vincent Tan lepas jawatan Pengerusi Eksekutif BCorp



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker