Masjid Sultan di Singapura ditutup kepada pelancong

Pusat tarikan pelancong utama di Singapura, Masjid Sultan ditutup sementara waktu susulan jangkitan koronavirus novel yang merebak di republik itu.

Berita Mediacorp melaporkan langkah itu berkuatkuasa sejak Sabtu, sebaik sahaja kes pertama jangkitan koronavirus diumumkan.

Menurut laporan itu, keputusan dibuat hasil perbincangan Lembaga Pengamanah Masjid Sultan dan Lembaga Pentadbir masjid berkenaan.

Ia berkata masjid berkenaan hanya dibuka kepada pelawat beragama Islam untuk menunaikan solat.



Pengurus Masjid Sultan, Zainal Abidin Omar dilaporkan berkata, pihak lembaga pentadbir masjid melaksanakan langkah pencegahan dengan secara untuk memastikan kebaikan jemaah dan kakitangannya selain untuk mengelak virus terus merebak.

“Kita khuatir. Jemaah kita ramai. Satu kali kalau solat, saya rasa lebih 1,000 orang. Solat Jumaat jangan cakaplah. Macam (solat Jumaat) minggu lalu, penuh masjid,” ujar Zainal kepada Berita Mediacorp.

Terdahulu, beberapa masjid yang menjadi tumpuan pelancong di Malaysia seperti Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dilaporkan ditutup kepada lawatan pelancong asing berikutan kebimbangan terhadap koronavirus.

Bagaimanapun Masjid Putra dibuka semula bagi lawatan pelancong asing, semalam, susulan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dilaporkan kesal dengan larangan itu dan menyatakan ia bukanlah dasar kerajaan.



FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker