Najib: Apa halang k’jaan gantung pengecualian visa warga China?

Najib Razak mempersoalkan mengapa kerajaan Malaysia enggan menggantung pengecualian visa selama 15 hari terhadap warganegara China.

Sedangkan katanya, kerajaan China sendiri membuat keputusan untuk menghalang warganya melancong ke luar negara bermula esok akibat penyebaran wabak Coronovirus.

“Semalam, kerajaan China membuat keputusan menghalang warga mereka untuk melancong ke luar negara bermula esok akibat wabak Coronavirus.

“Langkah ini sedikit sebanyak akan redakan kebimbangan rakyat Malaysia yang kecewa dengan langkah kurang bijak kerajaan PH untuk tidak gantung pengecualian visa untuk warga China.



“Kini, kerajaan China sendiri sudah gantungkan pelancongan ke luar negara.

“Jadi, apa yang masih menghalang kerajaan Malaysia untuk gantung pengecualian visa warga China bagi satu tempoh yang munasabah?”soalnya dalam kenyataan di Facebook.

Semalam Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tiada rancangan untuk menyemak semula pengecualian visa 15 hari itu, susulan jangkitan coronavirus di Malaysia.

“Pada masa ini belum (ada perancangan), tetapi kita periksa semua pelancong yang datang terutama dari China,” katanya.



Setakat ini angka kematian akibat wabak Coronovirus di China mencatatkan peningkatan kepada 56 orang.

Wabak berkenaan juga telah merebak ke wilayah lain di China seperti Beijing dan Shanghai, dengan lebih 2,000 dijangkiti di beberapa negara di seluruh dunia.

Di Malaysia, empat kes jangkitan telah dikenalpasti setakat ini.

Pemerintah China juga melaporkan lima kes di Hong Kong, dua di Macau dan tiga di Taiwan.



Beberapa kes juga dikesan di Thailand, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Vietnam, Singapura, Nepal, Perancis, Australia dan Kanada.
Semalam Najib berkata penggantungan pengecualian visa kepada pelancong China bagi memastikan kemasukan mereka ke Malaysia dikawal sepenuhnya dan diperiksa dengan lebih teliti terutama status kesihatan.

“Melalui penggantungan visa ini, kita akan dapat pengawalan lebih baik terhadap pelancong yang akan masuk.

“Tempoh memohon visa ini juga akan menyekat mereka yang baru dijangkiti virus, tetapi masih tidak ada tanda-tanda sakit,” katanya dalam satu kenyataan.

Mkini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker