Golongan muda tebus RM30, warga emas dapat apa dari kerajaan?

E-tunai rakyat yang mula disalurkan bermula Januari sehingga Mac 2020 ini.
Selaras dengan dunia teknologi yang canggih, kerajaan kini lebih mudah menyalurkan bantuan kepada masyarakat menggunakan cara atas talian sahaja.
Tidak perlu lagi pergi ke bank, anda hanya perlu mendaftar pada aplikasi terpilih, kemudian wang tersebut akan dikreditkan dalam aplikasi tersebut.

Peruntukan itu disebut dalam Belanjawan di mana sebanyak 15 juta rakyat Malaysia layak menuntut wang RM30 pemberian kerajaan daripada mana-mana tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost, dan Touch ‘n Go.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan memperuntukkan RM450 juta bagi tujuan itu di bawah pelaksanaan program e-Tunai Rakyat.

Namun dalam hal ini, masih ramai yang menyatakan ketidakpuasan hati kerana pemberian ganjaran itu tidak dapat dinikmati masyarakat seluruhnya.



Secara jelas, warga emas antara golongan yang tidak dapat menikmati ganjaran tersebut kerana kurang arif tentang teknologi ini yang mana mereka merasakan ia suatu perkara yang melecehkan.

Norhayati Museri berkata E-Tunai Rakyat suatu perkara yang melecehkan dirinya malah tiada tujuan untuk menebusnya.
Norhayati Museri, 53 berkata dia tidak menggunakan aplikasi tersebut maka tiada tujuan untuk dirinya menebus ganjaran RM30 yang diberi kerajaan.

“Siapa yang tidak mahu wang RM30, semua orang nak, tapi buat apa saya tebus, aplikasi itu saya tidak gunakan kerana saya duduk di kampung.

“Tak ada tujuan untuk saya nak ambil RM30 itu walaupun saya tahu saya yang rugi,” katanya kepada FMT.



Seorang lagi netizen, Mohd Nasir Hamzah, 60, mengakui tidak mempunyai kemahiran dalam menggunakan aplikasi tersebut membuatkan dirinya malas untuk menebus ganjaran RM30.

Mohd Nasir Hamzah berkata dia bukan seorang yang mahir dalam teknologi, maka sukar untuk dirinya memahami cara penebusan E-Tunai Rakyat.
“Saya memang tak pandai nak gunakan aplikasi itu, dulu kita senang, walaupun nampak rumit kita perlu beratur, tapi itu sahaja cara yang kita tahu.

“Sekarang punya cara memang saya tak pandai, kalau saya tebus pun saya tak tahu gunakan. Untuk apa?,” soalnya lagi.

Berbeza dengan golongan muda, Nur Asnini Muda, 27 merasakan ia suatu keperluan kepada masyarakat hari ini dan memudahkan orang ramai daripada beratur dan menunggu lama bagi mendapatkan ganjaran RM30.



“Inilah cara paling senang, tidak buang masa, kita pun memang banyak gunakan aplikasi seperti ini sekarang, kerajaan dah bagi RM30, ia suatu perkara yang baik untuk kita semua.

Nur Asnini Muda berkara ia sememangnya mudah bagi golongan muda, tetapi kerajaan perlu fikir langkah sewajarnya bagi warga emas yang tidak mahir dengan cara dalam talian.
Bagaimanapun dia mengakui bahawa cara tersebut tidak mesra dengan warga emas dan seharusnya kerajaan mencari alternatif lain untuk turut memberi ganjaran kepada golongan tersebut.

“Kerajaan patut sedar yang masyarakat mempunyai kelas pemikiran yang berbeza, orang tua sudah pasti tidak pandai menggunakan aplikasi ini, jadi kerajaan perlu bantu mereka supaya tidak ketinggalan dalam setiap ganjaran yang diberikan kepada masyarakat” ujarnya.

FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker