Hutang 1MDB hanya alasan PH gagal hapus tol, Najib bidas Guan Eng

Share


Najib Razak membidas Menteri Kewangan Lim Guan Eng kerana menjadikan hutang 1MDB sebagai alasan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghaouskan tol.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Najib merujuk kepada kegagalan Guan Eng menyebut tentang beberapa projek bernilai berbilion ringgit yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Terdahulu hari ini, Guan Eng berkata, kerajaan tidak akan berdepan masalah untuk menghapuskan tol jika bukan kerana skandal 1MDB.

“1MDB makan perbelanjaan RM150 bilion, sungguhpun kita dapat balik RM47 bilion, tapi kita masih kurang RM103 bilion.

“Untuk hapuskan tol konsesi PLUS, kita perlukan RM45.2 bilion. Mana boleh cari RM45.2 bilion bila RM103 bilion sudah hangus dikebas oleh skandal 1MDB,” katanya selepas melancarkan Ops Selamat di Butterworth, Pulau Pinang sempena sambutan Tahun Baru Cina hari ini.

Kerajaan memutuskan untuk tidak menjual syarikat konsesi lebuh raya PLUS Malaysia Bhd kepada pihak swasta dan mengekalkan PLUS di bawah Khazanah, yang menguasai 51% saham melalui anak syarikatnya UEM Group dan baki 49% dimiliki oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Tempoh konsesi PLUS yang sepatutnya tamat pada 2038 dilanjutkan 20 tahun sehingga 2058. Sementara itu kadar tol di lebuh raya milik PLUS diturunkan 18% tanpa kenaikan kadar sepanjang 38 tahun akan datang.

Najib sebelum ini berkata, hutang prinsipal 1MDB adalah sebanyak RM32.2 bilion.

“Tidak disebut oleh Guan Eng kenapa hutang RM32 bilion mampu menjahanamkan negara sedangkan mereka mampu buat projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion dan projek Rancangan Fiberisasi dan Sambungan Nasional (NFCP) bernilai RM21.5 blion,” kata ahli Parlimen Pekan itu.

Katanya, Guan Eng juga tidak menyebut bagaimana hutang RM32 bilion 1MDB yang hanya matang pada 2039 boleh menjahanamkan negara sedangkan PH boleh menambah hutang langsung negara sebanyak RM120 bilion, mengambil RM104 bilion daripada Petronas dan menjual aset bernilai RM50 bilion.

“Tidak juga disebut oleh Guan Eng kenapa aset Tun Razak Exchange (TRX) bernilai RM40 bilion dan Bandar Malaysia sebanyak RM140 bilion tidak mampu membayar hutang 1MDB RM32 bilion.”

Kedua-dua TRX dan Bandar Malaysia adalah projek di bawah 1MDB.

FMT



One thought on “Hutang 1MDB hanya alasan PH gagal hapus tol, Najib bidas Guan Eng

  • January 19, 2020 at 6:31 pm
    Permalink

    anak sundal guan eng ni sebelum PRU14 dah kata tentang skandal 1MDB yang bermakna dia tahu tapi anak sundal ni & pakatan haramnya(ph) buat janji pada rakyat dalam manifesto kata akan hapus tol jika menang…makin terserlah anak sundal guan eng ni & ph memang pembohong hebat(ph)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *