Endgame : Jual Petronas melalui IPO.

Altantuya, cukai LHDN Najib, Laporan Audit, SRC, 1MDB dan sebagainya.

Itu yang dihidangkan oleh PH kepada Rakyat tiap-tiap hari.

Tapi apa yang Rakyat tak sedar ialah sebenarnya, kita semakin menghampiri Endgame.

Rancangan disebalik tabir PH tak pernah berhenti.



Ini dilaporkan oleh The Edge.

Bukan Najib yang tuduh.

26 Disember 2019: “Special Report: Working the golden goose”
https://www.theedgemarkets.com/article/special-report-working-golden-goose

PM ke-7 telah memberitahu pelabur asing di New York.



CEO PETRONAS juga telah mengesahkan.

Bahawa bahagian paling penting dan bernilai kerajaan Malaysia akan dijual melalui proses IPO.

Inilah bahagian paling penting dalam PETRONAS iaitu Carigali..

Syarikat yang cari, gali dan memiliki rizab minyak kita.



Dulu mereka kritik kerajaan BN senaraikan FGV untuk meneyelesaikan masalah pokok sawit terlalu tua FELDA.

Kini kerajaan PH nak senaraikan PETRONAS pula.

Nilai sebanyak RM900 bilion.

Kalau jual 10% sahaja sudah RM90 bilion.



Kalau jual 30% kepada pelabur asing maka ini bersamaan dengan orang asing memiliki 30% rizab minyak Malaysia.

Pelabur-pelabur asing seperti San Miguel dah lama tunggu.

“14 Jun 2018:Philippines’ San Miguel eyes Malaysia’s state assets sale”
https://asia.nikkei.com/Business/Companies/Philippines-San-Miguel-eyes-Malaysia-s-state-assets-sale

Kalau jual semua, segala hutang langsung negara boleh dilangsaikan.



Sebab itu, Petronas telah menjual sebahagian dari saham milik mereka dalam Petronas Gas, MISC Bhd dan Petronas Dagangan dengan harga RM6 bilion dua minggu dahulu.

“9 Disember 2019: PETRONAS raih RM6 bilion jual pegangan anak syarikat”
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/12/636979/petronas-raih-rm6-bilion-jual-pegangan-anak-syarikat

Sebab itu juga PM ke-7 mempelawa Sabah dan Sarawak untuk membeli saham PETRONAS.

18 Dis 2019: “Kepentingan dalam Petronas: Peluang Sarawak, Sabah miliki saham kelas dunia”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/639682/kepentingan-dalam-petronas-peluang-sarawak-sabah-miliki-saham-kelas



Alasan pun sudah disediakan oleh The Edge:

Untuk membayar hutang 1MDB sebanyak RM50 bilion.

Fakta bahawa hutang sebenar 1MDB ialah RM32 bilion dan angka RM50 bilion itu termasuk kos faedah sehingga tahun 2039 dan juga termasuk hutang serta faedah RM9 bilion yang SUDAHPUN dibayar oleh 1MDB pada akhir tahun 2017 itu tak penting.

Fakta bahawa aset-aset 1MDB seperti Bandar Malaysia yang baru dijual PH dan akan menjana keuntungan yang bukan sahaja mampu membayar balik seluruh hutang 1MDB malah akan menjana lebihan berpuluh bilion lagi itu tak penting.

Kalau nak PH wujudkan projek atau pelaburan untuk menjana keuntungan untuk negara, mereka tak mampu.

Jalan paling mudah ialah jual aset sahaja. Inilah pilihan PH.

Dulu, penjualan belum selesai,

Selepas Carigali ini, penjualan akan selesai.

Itulah endgame sebenar.

Dari FB Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker