Propaganda Murahan Menggilap Menteri Kasut Hitam (Bhgn 2)

Share

oleh Ab Jalil Backer

Semalam saya tulis bahagian pertama mengenai propaganda murahan menteri kasut hitam oleh Cikgu Sani. Hari ini saya sambung sebahagian lagi.

Dalam artikel tersebut juga cikgu sani menulis,


“Siapa peduli tentang guru? Tetapi menteri kasut hitam peduli. Tidak tahu apa anginnya tahun ini (2019), beliau telah paksa 15,565 guru duka lara yang selama ini derita berjauhan dengan pasangan berjaya ditukarkan.”

Sekali lagi ini fakta ke laut seolah-olah Mazslee sahaja yang ambil peduli nasib guru terutama pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan.

Realitinya nama program pertukaran guru duka lara ini pun diwujudkan oleh Menteri Pendidikan sebelumnya iaitu Mahdzir Khalid.


Menjelang 2018 hampir 16,000 daripada 30, 000 permohonan pertukaran bawah program guru duka lara bagi mengikut pasangan masing-masing, sudah diluluskan. (https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2018/03/399048/16000-permohonan-guru-duka-lara-diluluskan)

Pelik selepas setahun setengah jadi Menteri semua adalah kejayaan Maszlee.

Pelajar Keluarga B40


Penulis tersebut juga memetik fakta “Laluan khas bagi anak-anak B40 ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut latihan khas (ILKA) membolehkan 51,191 pelajar melanjutkan pengajian, selain 62 peratus enrolmen program matrikulasi dan peruntukan biasiswa khas RM68.1 juta membantu 31,614 anak-anak B40.”

Ini kita kena akui nama laluan khas anak-anak B40 ke IPT adalah idea Maszlee.

Namun program seperti ini telah pun dilaksanakan Jelajah Pendidikan Bumiputera 2016, 2017 dan 2018 membabitkan lebih 100,000 peserta B40 kalangan keluarga Bumiputera. (https://www.bharian.com.my/node/257887)

Melalui JPB (2016 dan 2017) yang dianjurkan berjaya memberikan peluang kedua kepada seramai 98,354 peluang kedua kepada pelajar Bumiputera B40 untuk memasuki IPTA dan IPTS bagi mengikuti pengajian peringkat diploma dan ijazah, (https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/403217/jelajah-pendidikan-bumiputera-diperluas-ke-sarawak)

Teruskanlah memuji dan memuja Menteri kasut hitam yang sehingga hari ini masih gagal menguruskan tender-tender di Kementeriannya dengan lancar dan telus.

Betullah belakang parang kalau diasah lama-lama akan tajam juga. Cuma kalau masih belakang parang usah mengaku pedang pahlawan. ?

Leave a Reply