Jadi adakah betul keputusan Tender Makanan Bermasak dan Pembersihan Sekolah Ditangguh Oleh Menteri?

oleh Ab Jalil Backer

Dengar kata budak-budak Maszlee kelam kabut mencari jalan menyalahkan UMNO dalam kontroversi tender-tender perkhidmatan di sekolah-sekolah.

Kononnya syarikat-syarikat milik orang UMNO yang memenangi tender. Kemudian dihujah pula kartel-kartel UMNO yang menguasai tender tersebut.

Jika yang menang adalah syarikat orang UMNO pun apa isu selagi ikut peraturan. Ingat orang Bersatu sahaja bayar cukai?



Masalah sekarang ada dakwaan campur tangan Menteri dalam mengubah keputusan tender.

Melihat tahap jawapan penyokong-penyokong Bersatu maka kemungkinan besar benarlah dakwaan tersebut.

Jika segala dakwaan kononnya ada penipuan dan terdapat syarikat yang tidak menepati spesifikasi berjaya memenangi tender, maka seharusnya ada kenyataan rasmi dari pihak kementerian pendidikan.

Tindakan menggunakan pihak ketiga bersumber dalaman pejabat Menteri adalah langkah mengawal kerosakan imej bukan menyampaikan kebenaran.



Peliknya mereka mendakwa tender dibeku. Ini bukan tender dibeku tetapi keputusan tender yang dibeku.

Sebab apa keputusan dibeku? Syarikat pejabat Menteri gagal atau ada penipuan di bawah?

Jika betullah dakwaan mereka ada kartel yang menentukan syarikat tidak layak untuk menang, rasanya Mazlee sudah buat sidang akhbar besar-besaran.

Sampai bila hendak menipu rakyat?
???



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker