Harga biasa RON95 naik 1 atau 2 sen setiap minggu lepas subsidi bersasar dilaksana

Kerajaan akan mengapungkan harga RON95 secara berperingkat dengan menaikkan harga petrol itu sekitar satu atau dua sen setiap minggu, sebaik Program Subsidi Petrol (PSP) dilaksanakan Januari depan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen.

Chong berkata apungan itu akan dilakukan sehingga harga RON95 mencapai harga pasaran.

“Kita apungkan harga petrol untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dan juga supaya harga barangan tidak akan melambung secara mendadak.

“Kita akan apungkan harga RON95 secara berperingkat iaitu satu atau dua sen satu minggu sehingga harganya mencapai harga pasaran,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.



Chong berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan).

Rubiah meminta kerajaan menjelaskan sama ada mekanisme akan diwujudkan untuk mengelakkan kenaikan harga barang ekoran apungan petrol setelah PSP dilaksanakan Januari depan.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution berkata PSP hanya akan dilaksanakan di Semenanjung melibatkan kira-kira 2.9 juta penerima daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

sumber Mkini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker