Gegantung samakan Muafakat Nasional dengan Taliban di #PrkTgPiai

DAP di Tanjung Piai didakwa menyamakan Muafakat Nasional di antara UMNO dan Pas dengan Taliban menerusi gegantung yang digantung.

Gambar gegantung itu dimuatnaik oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Facebooknya hari ini.

Selain menyifatkan ianya jelas cara berkempen yang melanggar etika, Najib pada masa yang sama turut mempertikaikan tindakan daripada pihak berkuasa kerana jelas beliau, ia sepatutnya menjadi perhatian.

“Betapa kotor dan jijiknya kempen DAP di PRK Tanjung Piai ini. Nak samakan Muafakat Nasional dengan Taliban.



“Gegantung ini jelas melanggar undang-undang tapi pihak berkuasa buat-buat tak nampak,” tulisnya.

Walaubagaimanapun sejauh mana kesahihan dan kewujudan banting itu masih tidak dapat disahkan lagi.

Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai memasuki hari terakhir. – MalaysiaGazette



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker