FELDA HANYA MUNCUL BILA ADA PRK

Share


oleh Ab Jalil Backer

Terdesak untuk mempengaruhi orang Melayu yang mengundi dalam Plihan Raya Kecil Tanjung Piai, Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikatnya telah memfailkan saman bernilai berbilion ringgit terhadap dua bekas pengerusi Felda, Mohd Isa Abdul Samad dan Shahrir Abdul Samad, syarikat pemaju hartanah Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) serta 18 yang lain untuk mendapatkan perintah bagi membatalkan dengan serta-merta semua instrumen pindah milik tanah di Jalan Semarak.

Isu pembangunan Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) bukan perkara baharu. Ia telah berlarutan sejak sebelum PRU lepas lagi. Selepas PRU keadaan menjadi lebih buruk apabila pengurusan baharu tampak seperti mahu turut mengambil kesempatan.

Yang agak melucukan mengapa Felda memfailkan saman hari ini? Sehari sebelum pengundian PRK Tanjung Piai?

Saman pula bukan sahaja antara Felda dengan Pemaju tetapi juga ke atas bekas Pengurus Besar Felda dan dua orang bekas Pengerusi Felda yang mempunyai pandangan berlainan mengenai projek ini.

Dengan menamakan Tan Sri Isa Samad dan Tan Sri Shahrir Samad dalam saman sivil yang kononnya mencecah berbilion ringgit mereka berharap rakyat akan terpengaruh dengan sandiwara ini dan mengundi Pakatan Harapan.

Hentikanlah menguruskan Felda mengikut keadaan politik.

Hidup peneroka kian susah, bantuan semua ditarik balik, malangnya Felda boleh membelanjakan jutaan ringgit untuk kos guaman projek yang sepatutnya memberi keuntungan jika ia berjaya disiapkan seperti dirancang.

Kalau orang kampung di Tanjung Piai mahu tertipu lagi dengan sandiwara lapuk kerajaan Pakatan Harapan ini terserahlah.

Pisau dan mentimun di tangan anda esok.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *