Kerajaan mungkin perkenal cukai baharu – Mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi bayangan yang kerajaan mungkin akan memperkenalkan cukai baharu pada masa hadapan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas jenis cukai tersebut dan hanya menegaskan yang ia tidak akan terlalu membebankan rakyat.

“Ketika ini sistem percukaian akan diperkemaskan lagi dan kita ada agensi yang akan turut diperkemaskan.

“Selain itu, berkemungkinan terpaksa memperkenalkan cukai baharu yang tidak terlalu membebankan rakyat,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran Wawasan Kemakmuran Bersama di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) di sini hari ini.



Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dah Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

One Comment

  1. Mn ada rakyat mahu kn mn2 cukai pun.cukai membebankn rakyat.baik sst dn gst ini semua cukai yg membebankn rakyat.kjaan ph yg pandai buat rekaan cerita.yg sebenar nye kjaan ph nk lasaknakn gst tp mereka takut di booo kn oleh rakyat.yg memburukkn gst ada ph dap semasa mereka jd bangkang tahun lps.skrg ph dap buat taik pd rakyat.kata nye kalau rakyat mahu.mn ada rakyat mahu..nk berbohong tp tk menjd.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker