Orang Melayu lama menantikan perpaduan ummah

KUALA LUMPUR – Orang Melayu memang menantikan perpaduan ummah terutamanya melibatkan dua parti Melayu terbesar di Malaysia, UMNO dan Pas.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, di sebalik penantian orang Melayu, ada juga pihak yang ingin melihat adakah penyatuan itu benar-benar boleh berjaya atau tidak.

“Yang itu pun ada juga sebab banyak cabaran dalam kita nak berada dalam keadaan sekarang ini.

Pelbagai cemuhan diutarakan tapi Alhamduillah, kita lihat ini satu penyatuan yang ‘genuine’,” katanya pada Wacana Himpunan Penyatuan Ummah yang disiarkan UMNO Online malam tadi.



Turut menyertai wacana itu ialah Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Nuridah Mohd Salleh dan Datuk Dr Noor Azizan Abdul Majid sebagai moderator.

Tambah Noraini lagi, sehingga kini permintaan untuk menyertai Himpunan Perpaduan Ummah yang akan berlangsung pada 13 dan 14 September depan sangat menggalakkan.

“Memang semua berebut nak masuk sebab semua ‘excited’ nak saksikan detik bersejarah ini.

“Keadaan ini beri tanda positif betapa orang Melayu di Malaysia menantikan penyatuan dua parti Melayu terbesar di Malaysia.



“Ia bukan sekadar tandatangan tetapi banyak yang akan didedahkan kedua-dua presiden parti,” katanya.

Katanya lagi, meskipun Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mungkin tidak dapat menampung kehadiran ratusan pengamal media dan ribuan orang awam namun penganjur mengalu-alukan kedatangan semuanya.

“Saya percaya banyak fasiliti akan diberikan kepada yang hadir.

“Bukan bermakna kalau tak masuk dalam Dewan Merdeka, mereka tak boleh menyaksikan momen bersejarah Pas dan UMNO ini,” katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/47231/BERITA/Politik/Orang-Melayu-memang-nantikan-perpaduan-ummah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker