Apakah rasional lantik Pegawai Penyelaras Pembangunan Sukan dari kalangan ahli PPBM?

Apakah rasional lantik Pegawai Penyelaras Pembangunan Sukan?

Pelantikan Pegawai Penyelaras Pembangunan Sukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di negeri-negeri menimbulkan persoalan pelbagai pihak mengapakah kementerian itu berbuat demikian.

Exco Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim berkata, tambahan ia merupakan lantikan politik yang jelas tidak selari dengan hasrat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk tidak berbuat demikian.

“Sudahlah program pembangunan belia perlahan, atlet tidak terjaga dan pegawai belia yang ada pun tidak ada kerja. Mengapakah perlu tambah lagi lantikan politik itu?



“Adakah KBS dan Syed Saddiq tidak lagi percaya kepada penjawat awam yang dilantik? Bagaimanakah proses lantikan itu dilakukan dan apakah kelayakan mereka ini?,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, tular dalam laman media sosial sekeping surat dari Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung pelantikan 13 Pegawai Penyelaras Pembangunan Sukan KBS negeri yang kesemuanya terdiri daripada ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Dalam surat tersebut yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) MSN, Abdul Rashid Yaakub turut memaklumkan bahawa Menteri Belia dan Sukan telah bersetuju dengan pelantikan tersebut.

Muhammad Faiz berkata, lantikan itu juga tidak selari dengan hasrat kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengurangkan perbelanjaan.



“Adakah mereka yang dilantik itu akan bertugas secara percuma? Sudah tentu mereka akan dibayar gaji sekali gus meningkatkan perbelanjaan kerajaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker