Selepas kakitangan awam, askar siapa lagi ahli perniagaan mesra PH nak gasak?

Respons Terhadap Kenyataan Taikun Penyokong Kuat DAP
Berkenaan Keperluan Mengecilkan Saiz Kakitangan Awam

Kenyataan seorang taikun (penyokong kuat DAP) berkenaan saiz dan keperluan mengecilkan saiz kakitangan awam ini bukanlah perkara baru. Ini pandangan yang “lazim” diperjuangkan DAP buat sekian lama.

Kenyataan Koon Yew Yin yang mengaku pernah memberikan ratusan ribu ringgit kepada DAP sebelum PRU yang lalu – membayangkan arus pemikiran DAP yang sebenarnya.

Sebagai contoh, kalangan perajurit dan anggota tentera, menurut taikun berminda ‘rendah’ ini, hanya menghabiskan masa dan merugikan negara. Koon dan rakan-rakan DAPnya patut sedar diri; mereka mampu membina kekayaan kerana pengorbanan perajurit dan anggota keselamatan!



Kita mahu tunggu dan lihat apa respon DAP terhadap kenyataan penaja utama mereka ini? Kita juga mahu tahu respon Timbalan Menteri Pertahanan (DAP) terhadap kenyataan yang sama ini?

Lebih daripada itu, sekalian orang Melayu/umat Islam terus dipandang hina oleh mereka yang sealiran dengan taikun ini. Bukan sahaja askar, kalangan guru dan pendidik; malahan majoriti kakitangan awam orang Melayu disindir dengan kasar dan biadab sekali.

Pandangan kurang ajar, biadab dan bodoh seperti ini akan berterusan selagi DAP gemar “memayungi” pendirian anti Melayu/Islam. Kita tidak yakin DAP akan membidas kenyataan ini kerana taikun tersebut menaja kemajuan politik mereka selama ini.

Sebelum ini, ada jutawan bangsa yang sama, “menukar” warna bendera kerana kecewa dengan pengenalan khat/jawi. Hari ini, perajurit, anggota keselamatan dan keseluruhan anggota kakitangan awam mereka sanggup hina dan keji. Esok? Siapa pula yang bakal mereka gasak dan pijak?



Malaysia sedang berhadapan suasana politik yang kian mendung dan gelap. Semuanya berpunca daripada individu/kumpulan yang berkongsi ideologi ekstrem ala-DAP. DNA anti Melayu/anti Islam milik DAP ini kian mekar – kerana “kepentingan memiliki kuasa” mengatasi maruah parti Melayu di dalam pakatan politik kerajaan.

DAP merupakan “sekutu” politik yang tidak mungkin mampu dan mahu ditegur! Selagi DAP mempunyai “kuasa istimewa” itu; selagi itulah maruah Melayu dan Islam terperosok jauh di bawah neraca politik pihak kerajaan.

Selagi mana aliran pemikiran dan DNA politik DAP ini wujud – selagi dan selama itu jugalah Malaysia akan terus luka dan bernanah dengan isu perkauman seperti ini. Masanya sudah tiba, untuk semua parti Melayu/Islam memikirkan secara serius untuk menamatkan riwayat politik DAP sepenuhnya. Hakikatnya, DNA politik ekstrem ala-DAP, perosak pembinaan negara bangsa!

Jika kita berani memberi gelar Dong Zong sebagai rasis dan membahayakan muafakat bangsa Malaysia; apa bezanya dengan DAP? Malah, saya berani mengatakan secara jelas bahawa akar rasisme Dong Zong ini telah dipupuk DAP buat sekian lama!



Reezal Merican
Utusan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker