Kenapa pelabur keluar tinggalkan pasaran Malaysia ?

Share

oleh Ab Jalil Backer

Pelabur tidak yakin dengan cara pengurusan ekonomi dan kewangan negara.

1. Kaedah pengiraan hutang diubah sesuka hati tidak mengikut piawai antarabangsa bagi kepentingan politik.

2. Projek-projek kerajaan terdahulu yang telah diluluskan, dibatal dan kemudian dibuat perubahan kosmetik sebelum diluluskan dengan kroni baharu.

3. Ada projek seperti Pan Borneo yang sedang berjalan bakal ditukar Project Delivery Partner (PDP) atas sebab kerajaan tidak suka syarikat yang mengendalikan sekarang.

4. Kementerian kewangan menganggu hampir keseluruhan projek yang telah diluluskan dan sedang berjalan dengan mengarahkan rundingan semula.

Khabarnya, Kontraktor diminta mengurangkan harga sebanyak 10% jika mahu meneruskan. Ini bertujuan menunjukkan kerajaan hari ini lebih cekap dari kerajaan dahulu.

Jika kontraktor tidak setuju kontrak mereka akan ditarik balik dan mereka perlu ke mahkamah untuk mendapatkan ganti rugi. Ini memakan masa dan kos yang tinggi. Kerajaan PH tidak peduli kerana jika kalah di Mahkamah pun bukan wang poket mereka kena bayar.

5. Pengurusan negara ini seolah-olah ada tiga kepala di MoF, Pejabat Perdana Menteri dan Menara Ilham.

Ini semua menyebabkan pelabur hilang kepercayaan kepada pentadbiran hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *