Anwar bekas banduan: Takiyuddin minta pihak tidak puas hati semak fakta kes mahkamah

Setiausaha agung PAS, Takiyuddin Hassan meminta pihak yang tidak berpuas hati dengan kenyataanya menggelar presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai bekas banduan supaya menyemak fakta kes mahkamah.

Sambil mempertahankan kenyataannya sebelum ini, Takiyuddin berkata apa yang disebut beliau jelas termaktub dalam undang-undang.

“(Kenyataan) saya berdasarkan fakta dan minta orang yang menyeru saya supaya saya minta maaf itu semak pada fakta dan undang-undang sebab kes ini diputuskan di mahkamah dan negara kita ada undang-undang yang jelas mengenai kedudukan orang yang disabitkan oleh mahkamah.

“Dia (pemimpin PH) kena ‘check’ lah. saya sudah ‘check’ dah, kalau tak saya tak sebutlah,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa sempena sambutan ulang tahun Umno ke-73 di PWTC malam tadi.



Takiyuddin yang juga ahli Parlimen Kota Bharu berkata, pihaknya cukup pasti kenyataaan yang dikeluarkan itu selaras dengan apa yang termaktub dalam fakta kes mahkamah.

“Ya, ya, saya sudah, amat pasti,” katanya

Takiyuddin dalam satu ceramah sempena kempen plihan raya kecil (PRK) Sandakan di Sabah pada Rabu mempersoalkan sama ada Anwar sesuai menjadi perdana menteri kerana menurutnya status banduan adalah status “seumur hidup” biarpun setelah seseorang itu keluar dari penjara.

Takiyuddin turut menambah bahawa kesalahan liwat yang dijatuhkan ke atas pemimpin PKR itu juga tidak boleh dipersoalkan lagi kerana keputusannya dibuat oleh Mahkamah Persekutuan.



“Ada seorang cita-cita nak jadi perdana menteri sangat. Keluar dari penjara tak tahu macam mana dia dapat pengampunan daripada (Yang di-Pertuan) Agong bertanding dalam PRK di Port Dickson. Paksa ahli Parlimen yang menang pada ilihan raya umum ke-14 letak jawatan. Dia bertanding, dia mahu jadi perdana menteri.

“Jadi mahu kita menjadikan seorang ini sebagai perdana menteri kita?” soalnya, dengan hadirin menjawab “Tidak.”.

FMT



Related Articles

2 Comments

  1. Saya tak akan semak fakta kes mahkamah berkaitan kes liwat Abg Non sebab saya sangat2 puashati dengan keputusan mahkamah.

    Anwar memang peliwat dan tidak layak untuk menjadi pemimpin walaupun sebagai ketua kampong.

    1. Agree bossku,peliwat pun dia
      china doll pun dia,gay pun dia,bini azmin pun dia sakau. Teruk akhlak dia ni..nauzubillah. mengundi PD jawab lah ko Kat akhirat nanti…

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker