DAP konsisten perjuangkan pendidikan Cina lepas PRU14

Share

Insiden membabitkan pemimpin-pemimpin DAP selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) membuktikan bahawa hampir semua pemimpin parti itu masih berfikir dalam kerangka kaum.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, yang paling jelas adalah keutamaan pemimpin DAP untuk memperjuangkan isu-isu pendidikan Cina seperti mendapatkan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

“Begitu juga dengan usaha membanyakkan sekolah beraliran Cina seperti pengumuman Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching bahawa Kementerian Pendidikan akan mengkaji cadangan untuk membina 26 lagi sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).

“Turut menjadi tumpuan besar pemimpin-pemimpin DAP selepas PRU14 ialah untuk melonjakkan kedudukan sekolah menengah persendirian Cina dan institut pengajian tinggi swasta Cina dengan memberikan mereka dana yang banyak.

“Tidak cukup dengan Nie Ching selaku Timbalan Menteri Pendidikan mengagih-agihkan dana ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, juga turut melakukan perkara sama dengan menggunakan dana Menteri Kewangan pula,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *