Maszlee, sejak bila Restoren Amjal di bawah UM?

oleh Ab Jalil Backer

Mengulas insiden kekecohan yang dicetuskan oleh kader DAP di depan Restoran Amjal berhampiran UM, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik dilaporkan The Star sebagai berkata,

“Universities are an open platform for intellectuals. They are a platform to discuss, debate and have peaceful forums. Universities are not the place for gangsters, extremists and terrorists.”

Errr sejak bila Restoran Amjal dikira sebahagian Universiti Malaya? Menteri Pendidikan ini tak pernah masuk UM kot?

Fahamilah bahawa pendek fizikal adalah satu takdir. Pendek akal adalah satu pilihan.

Insiden di Hadapan Restoren Amjal

Lima pemuda Cina yang saya percaya agen DAP dengan lantang tampil menggangu program Najib Razak di Restoran Amjal.

Mereka mungkin unit kecil gangster cina atau kader DAP. Jika pemuda biasa kaum cina mereka ada adab dan tidak akan seberani itu.

Ini budaya biadap dan gasar mengganggu majlis orang dengan poster dan kata-kata menghina.

Baru setahun berkuasa sudah bagai merak kayangan.

Buatlah, cuma janganlah marah jika ada pula kumpulan lain yang hadir dalam program Lim Guan Eng mengangkat poster bertanya mana RM350 juta duit terowong Pulau Pinang atau mengapa AG menarik balik pendakwaan ke atas Guan Eng.

Bayangkan jika majlis rasmi kementerian kewangan dijadikan acara politik gasar seperti ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker