Hamid Bador tolak pelawaan GTA

#PRU15

Hamid Bador tolak pelawaan GTA

Bekas ketua polis negara, Abdul Hamid Bador tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-15, kata Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad.

“Beliau tidak akan bertanding kerana belum bersedia,” katanya selepas mengumumkan senarai calon Gerakan Tanah Air (GTA) untuk 121 kerusi Parlimen di sini.



Sebelum ini, Hamid dilaporkan akan bertanding di Rembau, yang akan menyaksikan beliau menentang Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, susulan perbincangan dengan Mahathir.

Sebelum ini, Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata, Hamid akan menjadi “giant killer” jika bertanding dalam pilihan raya.

Hamid merupakan ketua polis negara ke-12 dari Mei 2019, sebelum bersara pada Mei 2021.

Beliau yang berasal dari Rembau, mempunyai sebuah ladang di kampung halamannya. FMT



Hamid Bador tolak pelawaan GTA


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional



Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker