Kantoi anjur potluck tepi sungai ketika PKP

Kantoi anjur potluck tepi sungai

JOHOR BAHRU: Polis membuka kertas siasatan berhubung satu kes video tular mendakwa sekumpulan individu menikmati makanan secara berkumpulan di pondok tepi sungai di sebuah perkampungan di Skudai di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Ab Wahid, berkata video berdurasi dua minit 17 saat yang tular di laman sosial Facebook itu dimuatnaik di akaun Atan Abdul.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati video itu menunjukkan kira-kira 12 individu, termasuk lelaki dan wanita sedang menikmati makanan secara berkumpulan.

“Perbuatan itu jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN), iaitu larangan berkumpul, mengadakan atau menghadiri sebarang majlis berkumpulan.

“Kumpulan individu itu juga didapati tidak mematuhi penjarakan fizikal dan tidak menggunakan pelitup muka.

“Kes disiasat mengikuti Perkara 17 (1) Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 yang memperuntukkan hukuman denda RM4,000 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Rupiah turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi peraturan ditetapkan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Video yang tular itu menunjukkan sekumpulan individu bebas menjamu selera berkonsep potluck tanpa mempedulikan keselamatan diri masing-masing.

Malah, penganjur juga memperkenalkan identiti tetamu yang berkumpul di sebuah pondok di tepi sungai sempena sesi penerangan berkaitan SOP dan vaksinasi kepada penduduk kampung. BH

Kantoi anjur potluck tepi sungai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat live tayang ‘v’ dalam kereta api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker