8 Disember : Bukan sahaja bantah ICERD, tetapi turut menuntut janji

Perhimpunan yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Disember ini bukan sahaja berkisar mengenai bantahan terhadap Kovensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) sebaliknya turut memberi mesej kepada Kerajaan Pakatan Harapan mengenai kegagalan mereka menunaikan janji.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kegagalan kerajaan menunaikan janji yang terkandung di dalam manisfesto mereka seperti penurunan harga minyak, pendidikan percuma dan menghapuskan tol mengecewakan rakyat yang memberi kepercayaan kepada gabungan itu.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, pihaknya akan menyampaikan mesej rakyat yang menuntut janji berkenaan pada perhimpunan nanti.

“Kita bukan sahaja ingin memberi mesej kepada kerajaan mengenai ICERD pada perhimpunan nanti sebaliknya turut membawa mesej lain iaitu berkaitan janji.



“Jika bab ICERD mereka kononnya mahu tunaikan janji (tidak mengiktirafnya) mereka juga perlu tunaikan janji yang lebih utama. Janji apa, janji yang menyentuh soal rakyat, kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.

“Dulu kata kalau Pakatan Harapan menang, kos sara hidup turun, minyak turun RM1.50, hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu bayar dan tol dihapuskan. Kalau mereka bohong kita kena sampaikan mesej ini,” katanya ketika berucap pada program Padang Serai Tolak ICERD di Kampung Ekor Kucing, di sini, malam tadi.

Sementara itu, Asyraf Wajdi turut mengingatkan para peserta pada perhimpunan nanti supaya tidak mencetuskan provokasi sebaliknya berkumpul secara aman.- UTUSAN ONLINE



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker