Ahli Parlimen DAP, Kasthuri Patto cetus kemarahan netizen

Share

Ahli Parlimen daripada DAP, Kasthuri Patto mencetuskan kemarahan netizen khususnya dalam kalangan umat Islam berikutan statusnya yang menyentuh mengenai laporan berkenaan dasar tiada pusat hiburan di Kelantan.

Ahli Parlimen Batu Kawan itu memuat naik status berbunyi `Maka, adakah kanak-kanak menjadi hiburan?’ dalam status laman sosial Facebooknya dalam merujuk kepada laporan berita tersebut.

Tindakannya itu mengundang kecaman dan kemarahan netizen yang menyifatkan beliau sebagai melampau sekali gus mendesak penjelasan lanjut wakil rakyat berkenaan.

Meskipun status yang dimuat naik kira-kira sejam lalu itu mengundang kemarahan ramai, Kasthuri Patto bagaimanapun mempertahankan kenyataan tersebut dalam status terbaru dan menegaskan tidak kesal dengan kenyataan berkenaan.

“Saya tidak bercakap atau menyentuh mengenai Islam yang mana saya sangat menghormatinya.

“Adakah saya menyesal dengan pertanyaan itu (status sebelumnya), tidak,” demikian tulisnya dalam status terbaharu itu.

Bagaimanapun, status terbaharu itu sekali lagi mengundang kemarahan netizen dengan ada yang mempersoalkan kelayakan beliau selaku wakil rakyat kepada semua kaum.

Awal hari ini, laporan berita menyebut Kerajaan Pas Kelantan tidak mengeluarkan sebarang lesen hiburan kepada mana-mana premis perniagaan di negeri tersebut. – UTUSAN ONLINE

One thought on “Ahli Parlimen DAP, Kasthuri Patto cetus kemarahan netizen

  • December 3, 2018 at 02:39
    Permalink

    Kbnyakkm wakil2 rakyat dap bermulut longkang.

    Apakah beliau cuba mengatakan dengan tiadanya pusat hiburan di kelantan lelaki kelantan akan beralih kepada kanak2 sebagai entertainment?

    Semoga pengundi2 PH berugama Islam menyesali perbuatan tangan2 mereka dlm PRU yg lepas yang menyebabkan puak2 kafir ini semakin berani mempetlekehkan hukum Islam.

    Selemah2 iman sepatutnya anda marah dengan penghinaan ini namun anda memberi undi anda kepada puak2 kafir ini walaupun undi adalah rahsia.

    Reply

Leave a Reply