Najib Tak Pernah “Sakau” Duit Cukai Rakyat

Semalam (kelmarin) ada urusan di sebuah bank “Harimau”. Dalam sibuk-sibuk berurusan tu, dengar perbualan antara 2 pekerja bank dengan salah seorangnya berkata, “Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) sakau duit cukai aku, kerajaan baru pulangkan”, lepas itu keduanya ketawa – macam student dungu lulus periksa gaya ketawanya.

Memandangkan sekarang musim ramai orang dapat surat dari Lembaga Hasil, maka boleh agak yang dimaksudkan tu ialah pembayaran balik cukai pendapatan – sekalipun terfikir dalam hati, banyak manalah sangat gaji orang duduk kaunter depan ni sehingga dikenakan cukai pendapatan?

Apa sekalipun, ini apa bodoh punya komen? Pembayaran balik cukai pendapatan adalah proses berterusan, apa kena mengena dengan Najib sakau pulak? Macam mana ni, kerja bank pun bodoh.

Kalau jumlah PCB (potongan cukai berjadual) selepas ditolak segala macam pengecualian, melebihi jumlah cukai yang sepatutnya dibayar, memang akan ada lebihan yang dipulangkan.



Proses ini berlaku berterusan, dari dulu pun, apa kena mengena dengan Najib sakau ke tidak?  Usah tanya mana buktinya pulak.

Justeru, orang ramai sama yang medengar banyak rungutan bodoh sedemikian rupa dimana-mana, usahlah terkejut. Inilah mereka yang kononnya mengundi untuk perubahan tapi akhirnya berakhir dengan bermandikan kencing apabila janji tak ditunaikan.

Dalam masa yang sama, jelas sangat Najib ini masih lagi berpengaruh besar dalam negara ini. Sekalipun tidak lagi menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, nama beliau masih meniti di kalangan penyokong regim Malaysia Baru

Gamaknya tidak ada kebaikan regim baru yang nak diceritakan, itu yang nama Najib disebut berulang-ulang – sangka baik.  Cubalah cerita pasal bajet hari tu ke kan, apa yang baik rakyat dapat, ke macam mana?  Ini lepas bentang, takde apa pun dibincangkan.  Balik-balik Najib, balik-balik Najib.



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker