Mahathir guna agama dan kaum sebagai umpan – Ti Lian Ker

Mahathir guna agama dan kaum sebagai umpan – Ti Lian Ker

Seorang pemimpin MCA membidas bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad susulan dakwaannya bahawa parti politik bukan Melayu menyumbang kepada isu perkauman.

Naib Presidennya Ti Lian Ker mendakwa Mahathir bukan sahaja memecahkan rakyat Malaysia berdasarkan etnik dalam pentadbiran 22 tahun sebagai perdana menteri, malah menjadikan orang Melayu kepada dua kumpulan iaitu konservatif dan liberal.



Ti berkata, “Melayu liberal” pernah menjadi kebanggaan Malaysia, dengan negara dilihat progresif di persada antarabangsa selain menjadi negara Muslim terbuka.

“Kini, mereka dipandang dengan rasa tidak percaya dan jijik kerana tidak mempunyai latar belakang pengajian Islam dan kebanyakan teknokrat dilatih Barat. Hari ini, ‘Melayu liberal’ dipandang enteng kerana jika mereka bersikap terbuka dan mempunyai pemikiran progresif dilihat sebagai dosa.

“Perpecahan besar dalam kalangan orang Melayu menjadi punca kepada perpecahan masyarakat yang kita ada hari ini. Ini adalah pemecahan sistematik Mahathir terhadap asas Malaysia atas nama ‘nasionalisme’ dan, seterusnya, ‘pengislaman’.

“Hakikatnya, Mahathir hanya menggunakan kaum dan agama sebagai umpan mengekalkan pemerintahan autoritarian,” kata senator itu dalam kenyataan.



Pada Isnin, Mahathir dilaporkan menyebut parti ditunjangi bukan Melayu sebagai “parti pendatang”, sambil menyatakan bukan Melayu tidak mahu berasimilasi dengan budaya Melayu dan mewujudkan parti sendiri.

“Dalam politik pun mereka menubuhkan parti sendiri. Sebab itu masih ada isu perkauman di negara ini. Bukan kita tidak menyukai mereka tetapi mereka ialah orang yang tidak menyukai kita,” katanya memetik Sinar Harian.

Ti mengingatkan Mahathir usaha kerjasama antara parti Melayu dan bukan Melayu menyumbang kepada kemerdekaan negara dan pembentukan Malaysia.

Beliau juga berkata, parti politik bukan Melayu dibentuk kerana Umno hanya boleh disertai orang Melayu sahaja.



“Walaupun Onn Jaafar, pengasas Umno mahu (membuka Umno kepada bukan Melayu), niatnya telah dibantah dengan protes dan beliau meletak jawatan daripada partinya,” katanya. FMT

Mahathir guna agama dan kaum sebagai umpan – Ti Lian Ker

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin

Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)



Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula

Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker