PH perlu nyatakan langkah mengatasi pengurangan ekspot minyak sawit yang ketara – Najib

PH perlu nyatakan langkah atasi pengurangan jumlah eksport minyak sawit

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta untuk menyatakan langkah bagi mengatasi isu pengurangan jumlah eskport dan kejatuhan harga minyak sawit negara yang sedang berlaku ketika ini.

Datuk Seri Najib Tun Razak (BN-Pekan) berkata, jumlah eskport minyak sawit negara bermula bulan kelima tahun ini dilihat lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

“Saya nampak satu yang agak pelik, pada empat bulan tahun ini eksport minyak sawit lebih tinggi daripada empat bulan yang sama pada 2017. Tetapi masuk bulan lima ke atas ianya lebih rendah pada bulan yang sama tahun sudah.



“Ini serius sebab 650,000 pekebun kecil kalau kita masukkanjuga anak-anak dan isteri mereka, jumlah yang terlibat adalah besar, eka mmerana sekarang ini.

Saya masuk tanah rancangan Felda, suram, tak meriah, terkesan dengan harga minyak sawit yang telah jatuh dengan begitu ketara,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tambah Najib, kerajaan PH perlu menyatakan langkah untuk mengatasi isu tersebut kerana eksport minyak sawit Indonesia dilihat bertambah ketika eksport Malaysia pula berkurangan.-UTUSAN ONLINE



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker