KP Kesihatan umum 1 kematian, 123 kes terbaru Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata seorang lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini 10 orang.

Beliau juga berkata, 123 kes baru dicatatkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif jangkitan di seluruh negara 1,306.

Daripada jumlah jangkitan terbaru, 74 mempunyai kaitan dengan himpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur hujung bulan lepas.

Kematian terbaru membabitkan lelaki berusia 74 tahun daripada kluster jemaah tabligh.

Noor Hisham berkata, 46 pesakit kini dirawat di wad rawatan rapi (ICU) dengan 22 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya 25 pesakit telah sembuh, menjadikan jumlah yang didiscaj 139 setakat ini.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker