Setiausaha Politik Mohamad Sabu yang sedang disiasat antara yang angkat sumpah

Setiausaha Politik Mohamad Sabu antara yang angkat sumpah

Mohd Azhar Che Mat Dali yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik Menteri Pertahanan di hadapan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mohd Azhar mencetus keraguan kerana melangsaikan hutangnya berjumlah RM800,000 melalui sumbangan orang ramai dalam tempoh yang singkat.

Selain beliau, 22 yang lain turut mengangkat sumpah ialah tiga setiausaha politik kepada Perdana Menteri iaitu Muhammad Zahid Md Arip, Datuk Mohamad Nuhairi Rahmat dan Abu Bakar Yahya.



Setiausaha politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Romli Ishak, Datuk Mohd Nardin Awang (Menteri Dalam Negeri), anggota Parlimen Damansara Tony Pua Kiam Wee (Menteri Kewangan), Mohd Azhar Che Mat Dali (Menteri Pertahanan) dan Mohd Nizam Morad (Menteri Pendidikan).


Bekas pengacara program Ruang Bicara di Bernama News Channel, Datuk Dahlan Maamor mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik Menteri Pengangkutan.


Turut mengangkat sumpah ialah Cheang Chee Khing (Menteri Sumber Manusia), Ahmad Sabki Yusof (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani), Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Menteri Kesihatan), Mohd Aizad Roslan (Menteri Belia dan Sukan), Mejar (Bersara) Mohamad Rahim Osman (Menteri Pembangunan Usahawan), Saiful Izham Ramli (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Zakaria Abdul Hamid (Menteri Kerja Raya) dan Mohd Nazri Noh (Menteri Luar).


Alice Choo Foong Thye mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik Menteri Industri Utama, Ee Chin Li (Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan lklim), Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)), Martin Tomy @ Tommy (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)), Pritchard Arthur Gumbaris (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan Abdul Kusen Hussen @ Mujahirin O.K.K PG Hussen (Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya). – UTUSAN ONLINE




Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker