PAU 2018, Menentu Hala Tuju UMNO Era Baru

Hujung bulan ini, selama 2 hari, UMNO akan mengadakan mesyuarat agungnya buat pertama kali dibawah kepimpinan Datuk Seri Zahid Hamidi yang dilantik sebagai Presiden parti yang baru pada bulan Jun yang lepas.

Berdepan dengan persekitaran berbeza buat pertama kalinya sejak Merdeka, dalam perhimpunan kali ini perwakilan dari seluruh negara dipercayai akan memikirkan dengan lebih mendalam tentang hala tuju perjuangan parti menjelang PRU15 yang akan datang.

Seperti yang dijelaskan Presiden parti sebelum ini, UMNO akan menumpukan kepada isu-isu semasa negara bukan lagi seperti mana sebelum ini, sesuai dengan kedudukan sebagai pembangkang.

Bercakap tentang isu, memang banyak yang boleh diperkatakan tentang perkara ini kerana seperti kita semua tahu, rakyat sedang dihimpit dengan pelbagai masalah akibat dari janji-janji yang tidak ditepati pentadbiran baru.

Isu mesti adalah, mana ada pentadbiran yang sempurna tapi sekurang-kurangnya apa yang dijanjikan itu, dilaksanakanlah – kalau tak semua, 10 yang utama.

Disamping itu, besar kemungkinan kerjasama dengan parti PAS yang hebat diperkatakan sebelum ini, akan dimuktamadkan dalam perhimpunan yang akan datang.  Ini juga adalah satu langkah besar yang diambil untuk meletakkan kembali UMNO ke landasan yang sepatutnya.

Sebagai penyokong bawahan, apa yang diharapkan adalah semua perwakilan mengambil kesempatan dari keadaan sekarang untuk bersatu padu dan mengelak dari menuding jari mencari salah seperti mana sebelum ini.

Yang sudah tu sudahlah, kita pandang ke hadapan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.