Negara susah tetapi membazir untuk Anwar – Pas

Pas menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) demi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu bentuk pembaziran.

Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, perkara itu adalah tidak wajar dalam keadaan negara tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi sehingga terpaksa mewujudkan Tabung Harapan.

“Pilihan raya yang disengajakan tidak patut berlaku di negara ini kerana buang masa dan buang duit. Malah, kosnya sahaja sudah mencecah jutaan ringgit.

“Ini juga bukan pertama kali dibuat, dulu dengan Langkah Kajang demi memenuhi cita-cita seorang individu,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai keputusan Anwar yang disahkan bertanding di Parlimen Port Dickson selepas penyandang kerusi tersebut, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Parlimen Port Dickson dimenangi PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu dengan majoriti 17,110 undi. – UTUSAN ONLINE

One thought on “Negara susah tetapi membazir untuk Anwar – Pas

  • September 13, 2018 at 2:12 PM
    Permalink

    Aku tak pernah terfikir bakal PM kita yang akan menggantikan atok adalah seorang pengunyit..

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.