Undang-undang anti-liwat ‘benar-benar tak adil’, kata Anwar

Share


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik undang-undang menghukum seks hubungan sejenis, mengatakan ia saki baki era penjajahan British.

“Ini bukan hanya kuno, ia undang-undang penjajah British, yang diperkenalkan di India dan diulang sama di Malaysia. Ia benar-benar tidak adil kerana seseorang boleh dituduh, dan tanpa bukti yang betul, seperti kes saya,” kata pemimpin PKR itu kepada Al Jazeera.

Temubual itu akan disiarkan menerusi program UpFront esok.

Beliau berkata undang-undang itu mesti dipinda untuk memastikan keadilan, dan menambah orientasi seks seseorang tidak boleh dipersoal jika tidak dipaparkan di khalayak ramai.

“Undang-undang mesti dipinda untuk memastikan ada keadilan dalam prosesnya dan ini bukan soal orientasi seks. Ia mengenai apa yang lakukan atau paparkan secara terbuka yang bertentangan dengan normoa majoriti rakyat, bukan hanya orang Islam tetapi juga Kristian, Hindu, pengikut Buddha di negara ini,” kata Anwar.

Beliau pernah dipenjarakan atas tuduhan liwat yang menurutnya bermotif politik.

Anwar dibebaskan dari penjara pada 16 Mei lepas susulan satu pengampunan diraja selepas kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum 9 Mei, lebih 3 tahun selepas disabitkan bersalah meliwat bekas pembantu, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Liwat adalah jenayah di Malaysia, dan dihukum mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksanaan yang melarang “persetubuhan luar tabii”. Seseorang yang disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan penjara sehingga 20 tahun.

Dalam satu temubual dengan Al Jazeera, Anwar juga ditanya mengenai hukuman rotan ke atas 2 wanita yang disabit kesalahan cuba melakukan hubungan sejenis oleh mahkamah syariah Terengganu.

“Saya fikir ini jelas tak adil. Walaupun mereka menggunakan syariah sebagai asas, kita tidak boleh pertahan tindakan itu,” katanya.

Beliau berkata hukuman dera undang-undang Islam yang dicadangkan PAS itu berdasarkan tafsiran parti itu dan harus ditolak.

“Itu bukan hudud syariah, itu tafsiran mereka, atau beberapa aspek,” katanya.

FMT



2 thoughts on “Undang-undang anti-liwat ‘benar-benar tak adil’, kata Anwar

  • September 21, 2018 at 9:35 pm
    Permalink

    Bagaimana dgn air mani Anwar yg telah disahkan ada dalam lubang kunyit saiful?..Ramai2 peguam bela Anwar pada masa tu pun tak dapat nak menolak bukti itu.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *