Menteri kata 70% barangan turun harga, pengguna kata sebaliknya

Walaupun sudah lebih sebulan cukai barang dan perkhidmatan (GST) diletakkan pada kadar sifar sejak 1 Jun lalu, dan kerajaan mengumumkan bahawa 70 peratus barangan telah turun harga, namun bagi pengguna mereka tidak merasakan penurunan harga barang.

Tinjauan Utusan Online mendapati orang ramai merasakan tidak ada perbezaan harga barangan sama ada ketika GST pada kadar enam peratus atau selepas GST sifar.

Malah kata mereka, walaupun kerajaan menegaskan 70 peratus barangan sudah turun harga, namun sebagai pengguna mereka tidak merasakan penurunan itu seperti yang didakwa.

Kata mereka, jika ada sekalipun, jumlah harga barang yang mengalami penurunan selepas GST sifar sangat sedikit.

Ironinya, perkara itu adalah bertentangan dengan kenyataan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang mempertahankan hasil kajian pihaknya mendapati 70 peratus barangan pengguna mengalami penurunan harga sejak GST dihapuskan.

Menurut seorang suri rumah, P. Algammal, 53, harga barangan keperluan asas seperti produk makanan dilihat semakin meningkat sebanyak 10 hingga 20 sen, walaupun GST ditetapkan pada kadar sifar.

“Baru-baru ini, saya ada membeli serbuk kari di mana harganya meningkat sebanyak 10 hingga 20 sen. Sepatutnya, selepas GST dihapuskan, harga akan lagi menurun.

“Tapi, saya rasa sama sahaja, tiada apa-apa perbezaan pun. Kalau dulu perbelanjaan harga barangan dapur mencecah RM300, sekarang ini pun tetap sama,” katanya ketika ditemui Utusan Online hari ini.

Sebelum ini, Saifuddiin berkata, beliau sendiri dimaklumkan mengenai perkara itu oleh peniaga ketika melakukan tinjauan termasuk di pasar Bayan Baru, Pulau Pinang pada Sabtu lalu.

Namun, pelbagai pihak termasuk orang ramai mempersoalkan kenyataan Saifuddin mengenai penurunan harga 147 barangan sehingga 70 peratus antara 1 Jun hingga 30 Jun lalu.

Dalam pada itu, bagi pekerja swasta, Jaclyn Phong, 35 berpendapat, penghapusan GST yang dijanjikan oleh kerajaan untuk tidak membebankan pengguna seolah-olah tidak berjaya.

“Walaupun GST dihapuskan, perbelanjaan kelihatan tidak menjimatkan pun, masih sama seperti sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, guru tadika, Sarah Mohd. Tahir, 34, mengakui bahawa tidak melihat sebarang perbezaan harga setelah penghapusan GST dilakukan.

Malah katanya, walaupun kerajaan mengatakan 70 peratus barangan sudah turun harga, namun sebagai pengguna dia tidak merasakan sebarang perbezaan pada harga barangan.

“Sejak GST dihapuskan, saya tidak perasan pun perbezaan harga terutamanya pada barangan keperluan asas. Tetapi, saya tidak menafikan bahawa penghapusan GST mungkin memberikan penjimatan perbelanjaan kepada sesetengah pihak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/menteri-kata-70-barangan-turun-harga-pengguna-kata-sebaliknya-1.706486#ixzz5Kq4qYjVe
© Utusan Melayu (M) Bhd

9 thoughts on “Menteri kata 70% barangan turun harga, pengguna kata sebaliknya

  • July 10, 2018 at 6:06 PM
    Permalink

    ‘ Saya rasa hah, itu tulur ayam itik biasa jugak. Cuma itu tulur lumbu sama tulur kambing ada sikit turun jugaaak.’ Tegasan Maniam berkaitan Sifar GST..

    Reply
  • July 10, 2018 at 8:13 PM
    Permalink

    Aku baru saja renovate bilik air. Belanja hampir RM5,000. Kalau 3 bulan lepas sahih aku kena tambah RM300 lagi.
    So siapa nak kencing katakan tak ada penjimatan perbelanjaan, silakan datang ke rumah aku.
    Nak harap harga barangan turun macam korang nak memanglah impossible. Buah nyiok yg jatuh dari atas pokok pun tak akan jatuh harganya.

    Jika semua para peniaga tak kira bangsa, terutamanya peniaga Melayu Islam yg jual kueh dan nasi lemak tepi jalan yg tak ada akaun dgn Incometax dan tak kena sewa tapak sanggup kurangkan sikit untung demam BARULAH rakyat sedar harga dah turun kot.

    Reply
    • July 11, 2018 at 12:16 AM
      Permalink

      Setakat untung RM300 buat tandas apa nak bangga sgt. Kalau cari tukang lain lagi boleh kurang maa..apa kena mengena dgn GST atau kerajaan baru. Kau kaya boleh buat tandas RM5000. Mak Cik jaui nasi lemak tu mampu…? Tu yg ambik jika kau kata ‘untung’ tu bagi ke mak cik nasik lemak dan pak cik nelayan. Namanya dulu BRIM. Faham tak….?? Harap sedekah kau tu tak tahu. Buat tandas sampai RM5000 tak cerita. Ambik sikit bagi org miskin mcm aku ni membebel lebih.

      Reply
    • July 11, 2018 at 12:41 AM
      Permalink

      Sebenarnya kos buat tandas 4700 ja, dua bulan lalu la. Skrg kontraktor dah naik senyap2 5000 hang tk tau

      Reply
      • July 11, 2018 at 1:26 PM
        Permalink

        Kali terakhir harga bahan binaan naik ialah dalam bulan April. Aku tau sebab hobi aku renovate rumah sendiri dan rumah kawan. So tak payah nak cerita sebelum ni kos lebih murah. Serupa jugak dgn komen zack300 suruh cari tukang lain. Tak ada yg lebih murah dari sendiri beli bahan (siap ada diskaun) dan sendiri buat (tak kena bayar upah).

        Apa yg aku cerita tu asas je, salah satu penjimatan yg aku dapat. Camne kalau belanja dapur lima enam ratus sebulan? Berapa GSTnya yg tak perlu dibayar lagi? Camne dgn bil henfon dan macam2 bil lagi? Maleh aku nak kutuk menteri yg cakap kononnya harga akan turun bila GST on nanti.

        zack300 citer lagi pasal dia kena chikugunya (agak aku le)… Katanya harga ubat RM800 tapi dia kena bayar singgit je. Tapi nilai RM800 tu sebenarnya dalam 200 – 300 je… Orang politik bangsat UMNO le yang bolot monopoli sbb mereka ada KEPENTINGAN DIRI.

        Kamu kena sedarkan diri kamu dari dulu lagi, baru boleh bezakan dgn sekarang. Jangan senang2 nak cakap ‘Dulu baru cukai GST 6% bagai runtuh dunia’. Kamu tak sedar ke apa Mat Maslan janji? Kamu tak sedar ke ekonomi orang Melayu banyak yg terasa sangat bila ada GST. Habis sampai orang miskin pun kena bayar GST. Kamu tak tau beza ke antara 6% dgn 0%? Takkan le dah abis dedak baru sedar, baru boleh fikir, baru boleh cakap…

        Reply
        • July 11, 2018 at 7:40 PM
          Permalink

          Bangsat UMNO kena sedar kenapa UMNO/BN tersungkur pada PRU 14 dan terbangsat di tanahair sendiri. UMNO kalah kerana orang Melayu dah menyampah dgn tingkahlaku parti keramat yg dah bertukar jadi parti musibat. Orang Melayu yg mengalihkan pemerintahan pada PRU kalini. Tsunami Cina (bercampur India) dah maksimum pada PRU 13 dulu. Itu pun ada juga yg mendabik dada mengatakan UMNO parti yg terkuat dgn 51 kerusi, terlupa sebelum ni ada 100 lebih, terlupa yg UMNO/BN dah kalah dan hilang kuasa memerintah.

          Orang Melayu bukan terpesong kerana fitnah dan tohmah ke atas Najib, tetapi kerana tipu helah dan serakah Najib semakin lama semakin membusuk merebak bukan di Malaysia saja tapi ke serata dunia. Najib sebagai perdana menteri tak berupaya menangkis, nak pertahan maruah diri, bangsa dan negara. Hikayat 2.6b yg berlaku pada 4-5 tahun lalu pun tak boleh diceritanya secara lengkap tulus dan ikhlas. Tapi sekarang nak harap mahkamah pulak yg bersihkan namanya. Tak ke gila tu???

          Aku bukan nak nafi segala jasa dan bakti Najib utk negara, tapi semakin hari semua itu seolah2 bermain wayang saja sambil terus menjarah harta negara. Awal2 dulu Tun M hanya minta penjelasan saja mengenai duit 2.6b, biar MT siasat dan jelaskan supaya tuduhan tu mati di situ saja. Tapi apa kejadahnya hingga Muhyiddin dan Shafie Apdal pula tersingkir? Apa kejadahnya bila MT yg sepatutnya menjaga keutuhan parti beralih menjaga kepentingan sorang individu. Berpada2lah bersetia kepada pemimpin, bukan bersetia membabi buta. Malah sehingga kini pun berlagak seolah2 segala harta karun yg dirampas dari rumah2 yg dikaitkan dgn Najib adalah suatu yg biasa, Kalau kat rumah korang pun bersepah harta benda semacam tu, aku ucap tahniah le… Tapi aku tau orang Melayu yg telangkupkan UMNO/BN pada PRU yg baru lalu tak mampu nak stock 30 bungkus mi segera,

          PH bukanlah sempurna. Banyak cabaran nak pulihkan negara. Sebab tulah rakyat kena tegur dan bantu. Kalau betul harga tak turun ataupun semakin naik, adulah kepada pihak yg berkenaan. Bukan setakat melalak dan mengkritik saja. Tak boleh selesai masalah kita setakat pandai nak saman menteri atau kakitangan kerajaan.

          Reply
    • July 11, 2018 at 11:51 AM
      Permalink

      Macai Pakat-TUN mana nak terima kenyataan dan fakta…auta je diorag terima…kau citer pasal renovate…maknanya ko berduit lebih, maklum la duit masyuk jadi macai pakatan, dedak kempen pru lepas dah dapat kan?

      kami ni bukan nak renovate malah nak baiki bilik air pun terpaksa tengok2 budget…kitorang citer pasal barang keperluan asas iaitu MAKANAN la Qalam Qabut, mana pernah turun…sepatutnya boleh turun…ko citer pasal renovate lak, apa punya bangang punya cyber trooper mcm ko ni…geng tomato mcm ko ni ntah2 hanya makan tomato hari2 je kot…boleh tak jangan nak bangangkan rakyat lagi boleh tak?

      Reply
  • July 11, 2018 at 1:14 AM
    Permalink

    Pengalaman aku masuk hospital kerajaan awal tahun ni agak menginsafkan aku . Aku kena malaria dari Afrika. Sangat bahaya dan tak sama dgn malaria Asia. Yang merawat aku semua pakar. Pakar Pemakanan, Pakar Farmasi, Pakar penyakit Berjangkit dsb. Ramai doktor muda baru lepasan juga bersama2. Rawat hingga aku sembuh sampai la ni. Berapa aku kena bayar. PERCUMA.. Hospital swasta semua tak terima jika penyakit begini. Aku nak tanya QALAM QABUT dan sementiliti dgn nya. Mana nak dapat DANA nak biayai mereka yg merawat aku siang dan malam tu semua..? Bukan ke dari percukaian. Kau banyak duit dan sihat boleh lah cakap. Kau pi hospital kerajaan dan klinik. Bayar RM1 sahaja. Mana nak tampung kos…? Berapa ramai rakyat Malaysia yang memerlu rawatan yang berbagai. Anak kena pychatric.. kau tak berpa harga ubat, boleh cecah hingga RM800. Brp aku bayar..?RM1 sahaja. Tu cerita bab hospital . Yg lain tu pikir sendirilah. Sbb tu Negara Eropah dan maju cukai ni saperti tanggungjawab sosial yg kaya boleh membantu yg miskin. Cukai tinggi mana pon.Dulu baru cukai GST 6% bagai runtuh dunia. Bukak minda dan jangan terus telan hasutan org politik terutama sbb mereka ada KEPENTINGAN DIRI.

    Reply
  • July 11, 2018 at 10:30 AM
    Permalink

    Yang dapat faedah dari GST kosong di golongan ada senang, mereka breakfast kat starbuck, lunch and dinner kat fast food, hotel, cafe etc. Beli barang kat hypermarket beratus2. Kena GST 6% melalak bagai nak rak, padahal, GST tu la antara penyumbang subsidi kat petrol kereta diorang dan yuran sekolah anak.

    Golongan bawahan belanja barang asas cam beras, gula, sayur, daging, ayam. Tu semua tak kena GST. Pegi kerja pun naik public transport. Bila tukar ke KERA jaan Pakatoon, GST 0%, harga barang tetap naik termasuk la yg asal takde GST.

    Golongan senang kekal mewah dan bangga dapat beli kereta dan jimat RM10000, golongan bawah masih lagi terhimpit dengan harga barang asas yg makin mahal. Project2 mega untuk kepentingan rakyat cam MRT3 dan ECRL batal bukan ada kesan pun pada golongan senang, sbb diorang semua mampu berkenderaan sendiri yang mewah dan selesa. Golongan bawah juga yang terkesan.

    Golongan senang bila dah mewah dan kaya hanya pentingkan diri sendiri dan bukan fikir pasal orang lain.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.