Masa Kempen PRU14 Dulu, Kos LRT3 Ni Jadi Masalah Ke?

Saya agak tidak faham dengan kegembiraan penyokong KERA di media social berhubung berita pengurangan kos LRT3 sebanyak 47% yang disebarkan secara meluas semalam di media-media arus perdana?  Tak faham sebab, masa kempen PRU14 yang baru lepas, ini ke (kos LRT3) isunya?

Bukan.

Masa itu semuanya tentang kos sara hidup rakyat, harga barang, harga minyak yang dikatakan terlalu tinggi dan membebankan rakyat.  Mana ada cerita pasal kos LRT3 ni, kalau ada, baik dah masuk dalam 10 janji dalam 100 hari pertama tu, takde pun.

Kalau ada tentang isu kos infrastruktur pun, bukan tentang LRT3 tapi ECRL yang dikatakan bukan sahaja terlalu mahal dari segi kos, malah dituduh pulak sebagai cuba menjual kedaulatan negara kepada China!!

Apa rupanya selepas mengambil alih, kos ECRL naik sebanyak 32.10% kepada RM 81 billion dari RM 55 billion -yang dikatakan terlalu tinggi itu.  Kontraktor utama pun masih dari China – yang dikatakan cuba menjual kedaulatan negara.

Dia tambah sini, kurang sana, so what?

Pengurangan ini pun pasti memberi kesan kepada projek, mungkin laluan dipendekkan ke, jumlah hentian dikurangkan ke dan sebagainya kan?  Lainlah kalau kurang sebab hasil rundingan semula yang cemerlang, unsur rasuah dalam projek dihapuskan dan sebagainya, mungkinlah boleh gembira.

Lagipun saya tak nampak bagaimana pengurangan kos LRT3 ini akan menguntungkan rakyat secara keseluruhannya?  Apakah dengan pengurangan kos ini harga barang menjadi bertambah murah atau rumah boleh dibeli dengan harga kurang RM 50,000 seperti zaman 80 an dan 90 an dulu?

Kalau tidak, nak gembira buat apa?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.