UMNO Perlu Jadikan PRK Sg Kandis Medan Dedahkan Penipuan

Share


SECARA peribadi, penulis tidak melihat sebarang perubahan besar-besaran akan berlaku dalam PRK Sg Kandis yang akan diadakan Ogos nanti.  Kenyataan ini berasaskan hakikat bahawa dari 9 Mei yang lepas sehingga sekarang, jumlah uneducated person di negara kita, masih tak nampak berkurang.

Ini disokong oleh apa yang berlaku terutama di media sosial, bila tak satu pun dari janji-janji manis dalam PRU14 yang lepas telah dilaksanakan, masih ramai juga menyokong mati-matian.  Metafora yang digunakan, orang kahwin hari ini, beranak pun lagi 9 bulan – terlupa nak beranak (laksanakan janji) tu kena mengandunglah (usaha) dulu.

Mengandung (usaha) pun tidak, nak beranak (laksana janji) macam mana?  Apatah lagi “beranak” yang dijanjikan ni hanya dalam tempoh 100 hari tau!!

Tak hairanlah kenapa GST masih ada walaupun kadarnya sudah jadi 0%, pinjaman PTPTN masih perlu bayar (tak jadi ditangguhkan), minyak tak turun-turun, tol masih ada, hutang Felda masih tak hapus, Najib masih tak didakwa kerana 1MDB (hanya SRC)  dan sebagainya.

Yang dijanjikan tu tak berbuat, tarif elektrik naik pulak lagi, padahal mana ada dalam manifesto nak naikkan kadar elektrik?

Begitupun bukan kata tak perlu usaha langsung dari UMNO/BN dalam PRK Sg Kandis nanti sekalipun harapan nak menang tu boleh dikatakan hampir kosong.

PRK Sg Kandis ini boleh jadi medan yang paling sempurna untuk UMNO/BN mendedahkan kepada rakyat akan semua bentuk penipuan yang dilakukan untuk berkuasa dalam PRU14 yang lepas. Walaupun hanya satu tempat saja yang mengundi tapi publisiti mengenainya begitu meluas sehingga ke seluruh negara, sebab itu penulis katakan medan yang sesuai

Antara contoh penipuan yang boleh didedahkan ialah, masa mintak rakyat tumbangkan BN dalam PRU14, guna cerita hutang RM 1 trillion, masa tak boleh nak laksana janji selepas menang PRU14 pun guna cerita hutang RM 1 trillion yang sama juga.

Itu baru satu.

Penjawat awam negeri juga boleh menggunakan PRK Sg Kandis ini sebagai ruang menyatakan protes mereka.  Masa belum berkuasa di peringkat persekutuan, bonus mereka berbulan-bulan, bila dah berkuasa, turun jadi sebulan je pulak.  Patutnya lagi lebihlah ye tak, bukan makin kurang!!

Diakhirnya kalau jumlah majoriti parti lawan dapat diturunkan dalam PRK berkenaan, itupun sudah satu kemenangan moral yang cukup besar untuk Presiden baru UMNO merangkap Pengerusi baru BN, Datuk Seri Zahid Hamidi dan pasukannya.



2 thoughts on “UMNO Perlu Jadikan PRK Sg Kandis Medan Dedahkan Penipuan

  • July 14, 2018 at 10:56 pm
    Permalink

    PRK Sg Kandis,Umno kena berkerjasama dgn PAS.Calun yg di pilih seharusnya bukan dari Umno dan bukan juga dari Pas,tapi satu individu yg boleh di terima oleh Umno dan PAS.Misalnya tokoh seperti Mufti Wilayah Persekutuan Dr.Zulkifli,atau tokoh profesional seperti TS Khalid Ibrahim.Jadikan PRK Sg Kandis sebagai satu permulaan kerjasama UMNO dan PAS,jangan ada pertandingan 3 penjuru lagi.Logo parti mana yg akan di gunakan ,boleh di bincang secara bijaksana.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *