Capital Markets Malaysia lancar inisiatif kewangan mampan Malaysia

Capital Markets Malaysia (CMM) yang ditubuhkan di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), melancarkan Inisiatif Kewangan Mampan Malaysia (MSFI) hari ini untuk memudahkan peningkatan kapasiti, pengetahuan dan kepemimpinan mengenai pembiayaan mampan di Malaysia.

MSFI akan menyokong pembangunan kapasiti melalui bengkel dan kursus latihan untuk memupuk pemahaman yang lebih besar mengenai penyelesaian pembiayaan melalui faktor persekitaran, sosial dan tadbir urus yang tidak hanya fokus terhadap pertimbangan kewangan tetapi juga memberi kesan kepada persekitaran dan masyarakat.

“Inisiatif ini juga akan menyediakan platform digital untuk menjalinkan kerjasama dan perkongsian pengetahuan serta kepakaran mengenai trend pembiayaan, produk dan perkhidmatan baharu yang mengutamakan kemampanan dan kesejahteraan masyarakat sambil memastikan amalan tadbir urus yang baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MSFI dibiayai oleh Capital Market Development Fund and the UK Government’s Prosperity Fund ASEAN Low Carbon Energy Programme.



Ketika berucap pada pelancaran MSFI, Pengerusi CMM, Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin berkata realiti kesan perubahan iklim telah menjadikan pasaran modal global beralih ke arah amalan yang lebih mampan dan bertanggungjawab.

“MSFI bertujuan untuk menyokong usaha sektor kewangan Malaysia untuk membangunkan lebih banyak kemudahan pembiayaan untuk membiayai perniagaan dan projek yang selaras dengan agenda kemapanan seperti agenda global apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals).
BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker