Lazada manfaatkan ciri-ciri baharu LazMall bagi 9.9 Big Brands Sale

Lazada, platform e-dagang terkemuka di Malaysia, memanfaatkan LazMall 2.0 untuk 9.9 Big Brands Sale pada tahun ini, dengan ciri-ciri interaktif dan antara muka yang baharu, serta menawarkan jaminan keaslian sehingga lima kali pulangan untuk pembelian yang didapati bukan asli.

Selain daripada jaminan keasliannya, LazMall, pusat beli-belah maya terbesar di rantau ini, turut menawarkan dasar pemulangan semula dalam masa 15 hari, memberi jaminan 100 peratus produk berkualiti tinggi dan asli dengan promosi dan diskaun yang menarik.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia Leo Chow berkata festival membeli-belah di platform itu yang termasuk 9.9 Big Brands Sale telah menjadi pemacu pertumbuhan utama kepada e-dagang negara, selain mempunyai peranan langsung dalam mengubah cara orang ramai membeli-belah.

“Pada tahun ini, kami teruja untuk menawarkan pengalaman membeli-belah yang telah dinaik taraf dengan LazMall 2.0 kepada pelanggan kami.



“Mempunyai lebih 99 tawaran jenama yang eksklusif di Lazada turut menjadi petunjuk pasti kepada kecemerlangan dan keyakinan yang berterusan terhadap Lazada oleh jenama antarabangsa dan tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Acara jualan 9.9 pada tahun ini akan menampilkan pelbagai tawaran Lazada-ONLY yang menarik, dengan lebih banyak tawaran Shoppertainment termasuk livestreaming dan ganjaran duit syiling.

Bagi meningkatkan janji jenamanya, empat ciri baharu akan diperkenalkan di platform tersebut, iaitu ‘Beat the Price’ – mereka yang mencari tawaran terbaik boleh mengetahui harga pasaran bagi pelbagai produk harian yang paling laris dan ‘Brands for You’, pembeli boleh menikmati sekumpulan jenama yang dicadangkan berdasarkan minat pengguna dan interaksi terkini dengan saluran LazMall.



Ciri-ciri lain ialah ‘Brand Directory’ iaitu pengguna dapat mengakses direktori yang komprehensif untuk semua jenama dalam pelbagai kategori untuk mencari jenama yang mereka gemari; dan ‘Follow Button Feature’ akan meningkatkan penglibatan dan ikatan untuk pengguna melanggan dan mendapat akses kepada maklumat terkini mengenai pelbagai tawaran. Bernama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker