Bruno Suzuki penyerang import PDRM FC peluk Islam

Bruno Suzuki penyerang import PDRM FC peluk Islam

Penyerang import PDRM FC, Bruno Suzuki sah memeluk Islam di Masjid Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, hari ini.

Pemain kacukan Jepun-Brazil itu telah mengucapkan dua kalimah syahadah pagi tadi di hadapan Ustaz Arif M. Rajoli.



Detik tersebut turut disaksikan Komandan PULAPOL Kuala Lumpur SAC Noor Hisam Nordin, Timbalan Komandan (Kepolisan Am) PULAPOL Kuala Lumpur Supt. Razali Mohamed Shahid, barisan pengurusan, jurulatih dan rakan sepasukannya.

“Alhamdulillah dengan syukur ke hadrat Allah SWT ingin mengumumkan bahawa pemain PDRM FC, Bruno Suzuki telah memeluk agama Islam. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Allahuakbar,” menurut hantaran di laman Facebook PDRM FC.

Selain PDRM FC, Suzuki yang mula mewarnai kancah Liga Malaysia pada 2017 pernah menyarung jersi Negeri Sembilan FC, Terengganu FC dan Terengganu FC II.

Penyerang berusia 33 tahun itu setakat ini telah menjaringkan empat gol dalam saingan Liga Super musim 2023. Aw



Bruno Suzuki penyerang import PDRM FC peluk Islam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”



“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen

David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah



Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker