5 artis Malaysia miliki ‘followers’ Instagram paling ramai pada 2021

5 artis Malaysia miliki ‘followers’ Instagram paling ramai pada 2021

INSTAGRAM adalah salah satu laman sosial yang amat popular pada masa sekarang. Ramai selebriti menggunakan Instagram sebagai medium untuk berkongsi perkembangan terbaharu dan terkini bersama peminat.

Jom ikuti top 5 artis Malaysia yang paling ramai follower di Instagram sehingga 20 APRIL 2021


NO 1  Neelofa @Noor Neelofa binti Mohd Noor


Pelakon, pengacara dan usahawan berjaya, Neelofa kembali mengungguli carta selebriti yang memiliki jumlah pengikut atau ‘followers’ Instagram terbanyak di Malaysia.



Jumlah pengikutnya naik mendadak selepas dia mengumumkan dirinya nekad berniqab.

Semenjak perubahan yang dilakukan, Neelofa banyak berkongsi perkara-perkara ilmiah berkaitan agama. Jadi, Neelofa menggunakan platform tersebut untuk menyebarkan kebaikan. Ramai juga yang terinspirasi dengan perkogsian Neelofa itu.

Sebelum ini Neeloga pernah bergelar selebriti yang memiliki jumlah pengikut atau ‘followers’ Instagram terbanyak di Malaysia pada tahun 2017 dan 2018 sebelum dipintas oleh Siti Nurhaliza pada tahun 2019.

 




NO 2  Siti Nurhaliza Tarudin


Penyanyi No 1 Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza berada ditempat kedua dengan 8.01 juta pengikut di Instagram.

Isteri kepada Dato Sri Khalid dan juga ibu kepada Siti Aafiyah ini muncul dengan album ke-18 berjudul ManifestaSITI2020 yang mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Antara lagu yang hit daripada album tersebut adalah seperti Aku Bidadari Syurgamu, Siapa Tak Mahu, Kasihku Selamanya, Anta Permana dan 7 Nasihat.




NO 3  Zizan Razak


Pelawak popular Zizan Razak adalah satu-satunya artis lelaki dalam senarai top 10 ini. Selain terkenal sebagai seorang pelawak, Zizan juga adalah seorang pelakon, pengacara dan juga penyanyi.

Antara lakonan Zizan paling disebut-sebut adalah menerusi filem Abang Long Fadhil dan siri filem Polis Evo.

Zizan mempunyai beberapa lagu hit antaranya Bawaku Pergi (bersama Kaka), Infiniti Cinta (bersama Kaka), Chentaku (bersama Sonaone), Kita Ok, Berserah (bersama Ismail Izzani) dan Kau Takkan Tahu.




No 4 Nora Danish


Nora Danish merupakan seorang pelakon, model dan juga pengacara yang kini mempunyai lebih 7.3 juta pengikut di Instagram.

Pelakon yang mula menempa drama melalui drama komedi Puteri ini sangat aktif di Instagram dengan memuat naik perkembangan terkini dan kandungan kreatif.

Selain itu Nora juga berkongsi kebahagian hidup bersama suami tersayang, Nedim Nazri dan dua cahaya matanya, Putera Raykal dan Mohamed Neykal di Instagram.




NO 5  Mira Filzah


Pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan, Mira Filzah seorang yang aktif di laman sosial dan mempunyai lebih 7.2 juta pengikut di Instagram.

Selain berlakon Mira juga merupakan seorang model, pengacara dan usahawan menerusi jenama tudung dan selendang, MF Shawls yang diasaskannya pada tahun 2016.

Gadis manis ini baru sahaja menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hati, Wan Emir Astar pada 3 September 2020.



 


Followers Naik Mendadak Selepas Berniqab, NEELOFA Capai 8 Juta Pengikut Di Instagram!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker