‘With or without Tun’, Pejuang akan terus berjuang – Marzuki Yahya

 

Kira-kira 20 tahun lalu, Marzuki Yahya, yang ketika itu merupakan tokoh korporat dalam industri perkapalan, memulakan langkah pertama dalam politik apabila menyertai Umno.

Dia seterusnya dilantik sebagai exco pemuda Umno pada tahun 2004, sebelum meninggalkan parti politik terbesar itu untuk mengasaskan Bersatu.



Marzuki mula menjadi tajuk utama akhbar selepas dilantik sebagai setiausaha agung Bersatu pada tahun 2018, terutama apabila dia terlibat dalam krisis perebutan kuasa dalam parti itu.  Dia akhirnya dipecat kerana memihak kepada pengerusi Bersatu ketika itu, Dr Mahathir Mohamad.

Malaysiakini berkesempatan menemubual secara eksklusif timbalan presiden penaja Pejuang ini bagi menyelami pandangannya mengenai isu-isu politik semasa negara, termasuk masa depan Pejuang.


Malaysiakini: Saudara dilantik sebagai senator dan timbalan menteri ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan. Tapi setelah pergolakan politik dalam Bersatu, saudara memilih untuk menentang presiden parti dan akhirnya dipecat daripada parti. Ringkasnya, ini menyebabkan saudara hilang jawatan. Mengapa saudara pilih jalan ini dan adakah saudara menyesal?

Marzuki: Apa yang penting bagi saya adalah prinsip kita. Tak guna kita berjawatan kalau kita melawan prinsip kita. Apa guna berjawatan kerana yang ada ini bukan kerajaan yang sah. Tak guna kita nak jadi menteri atau timblan menteri sekalipun kalau kerajaan ni bukan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.



Maka dah pastilah pengkhianatan yang dilakukan oleh mereka semata-mata untuk dapat kuasa. Ini bukan perjuangan saya bila saya bersama dengan Tun (Dr Mahathir Mohamad), Datuk Seri Mukhriz (Mahathir). Begitu juga dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada waktu tu adalah berpegang kepada menentang kemungkaran iaitu memegang kepada amal ma’ruf nahi munkar. Ini pegangan kita sebagai orang Melayu dan Islam.

Di waktu itu kita mula berjuang kepada satu prinsip amal maruf nahi munkar yang pada hari ini kita melakukan kemungkaran yang lebih buruk dari orang dulu, maka ini bagi saya bukan satu perkara yang boleh diterima. Saya berpendirian bahawa biarlah kita melalui rintangan melalui jalan-jalan yang sukar tapi yang penting bagi kita biarlah kita berpegang kepada prinsip dan maruah kita.

Malaysiakini: Saudara  telah lama menjadi ahli politik. Semasa pilihan raya umum yang lalu, saudara bertanding di kerusi parlimen Tasik Gelugor, tapi kalah tipis. Adakah saudara akan bertanding di Tasek Gelugor sekali lagi dalam pilihan raya akan datang atau di tempat lain, dan bolehkah saudara beritahu kami mengenai cita-cita saudara dalam politik?

Marzuki: Walaupun saya kalah di Tasik Gelugor cuma 81 undi tapi 18,000 lebih pengundi di Tasik Gelugor yang undi saya atas tiket PH bukan PN maka saya kena hormati mereka kerana inilah mandat yang mereka bagi saya dan mandat yang Tun Mahathir beri kepada saya bila dilantik sebagai senator. Saya cukup berterima kasih memberi pengalaman kepada saya tapi bagi saya tu bukanlah cita-cita kita. Cita-cita kita adalah kita inginkan sebuah negara yang begitu baik, bersih, bebas daripada rasuah. Sebuah negara yang mana kesemua rakyatnya tak kira kaum boleh hidup dengan selesa dan boleh menikmati sebuah negara yang dihormati oleh kawan juga lawan. Itu cita-cita saya.



Malaysiakini: Pejuang adalah parti politik yang masih muda dan dilihat bergantung kepada populariti beberapa tokoh yang dimilikinya hari ini, terutama Mahathir yang pernah dua kali menjadi perdana menteri. Adakah saudara fikir Pejuang boleh bertahan tanpa Mahathir?

Marzuki: Dulu masa waktu kita tubuh Bersatu pun perkara yang sama kita tak pernah jangkakan bahawa dengan parti yang kecil dengan hanya satu ahli parlimen waktu itu iaitu Muhyiddin kita mampu bawa Bersatu hingga berjaya jatuhkan kerajaan BN yang berkuasa hampir 60 tahun.

 

Saya sudah lama nasihat Anwar, kata Rafizi



Jadi ni bukan perkara yang mustahil maka sebab tu tanpa ataupun bersama dengan Tun M yang penting bagi kita adalah prinsip kita iaitu kalau memperjuangkan sesebuah negara kita harus ada prinsip. Walaupun hari ni kita dihina dipandang rendah kerana kedudukan kita tapi kita tak pernah lari daripada prinsip. With or without Tun, perjuangan tun akan sentiasa kita bawa kerana ini adalah satu amanah. Sebab Tun kalau nak dilihat dia nak pegang prinsip parti dah pasti dia takkan lawan Umno pada waktu tu. Umno adalah partinya, tapi dia bukan pilih parti. Tak ada guna bagi kita kalau parti jadi kuat, tak ada guna kalau satu hari Pejuang ni jadi parti yang diminati ramai tapi akhirnya negara kita ni dipandang hina oleh dunia because of the leadership.

Malaysiakini: Mahathir mengatakan bahawa saudara tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang. Jadi, siapakah calon terbaik untuk jawatan perdana menteri?

Marzuki: Tak hanya Tun, setiap orang impikan jadi PM. Sebab tu saya sebut tadi persoalan sekarang ni adalah kita untuk pastikan negara kita terbela.



Jadi leader yang harus kita ketengahkan adalah orang yang benar-benar bersih, benar-benar ingin jamin kedudukan negara terbela dan pegang prinsip rule of law. Kita tak mahu negara kita terus dikenali lagi sebagai negara kleptokrasi. Kita mahu membina negara kembali balik jadi Harimau Malaya, this is the important thing to sesiapa saja yang ingin menawar diri jadi PM.

Malaysiakini: Sebelum ini, kem Mahathir mempunyai Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai tokoh belia untuk memimpin dan menarik orang muda. Namun dia telah menubuhkan parti sendiri. Apa rancangan Pejuang untuk menarik lebih ramai golongan muda menyertai parti ini?

Marzuki: Of coz we have our plan, but now we can’t do anything. Satu sebab parti kita tak diluluskan lagi, yang kedua kerana PKP ni masalah Covid kita tak boleh nak move juga. Jadi apa yang kita boleh buat, kita hanya buat dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Kumpulan yang sanggup datang dengan kita 10, 15 orang, tu saja yang kita boleh buat dan sekarang pula kita terpaksa hentikan aktiviti. Kita lebih fokus nak selamatkan negara kita ni. Dengan keadaan darurat sekarang ni beri lebih besar impak kepada pergerakan kita juga movement-movement dalam politik.



Maka sebab tu kalau Muda sekalipun ingin bersama dengan kita atas asas perjuangan yang kita bawa, then we welcome everyone. Itu tak jadi halangan yang besar.

Dalam Pejuang juga kita melahirkan pemimpin-pemimpin muda sekarang seperti Dr Abu Hafiz Salleh Hudin. Kita telah melantik beliau sebagai ketua pemuda ataupun yang akan mengetuai anak-anak muda dalam Pejuang.

Insya-Allah dia boleh jadi sebahagian daripada pemimpin masa depan yang mana juga boleh berganding bahu dengan Syed Saddiq untuk kepentingan negara Malaysia yang kita cintai.

Malaysiakini: Sebagai seseorang yang memulakan kerjaya politik dalam Umno, bagaimana pendapat saudara tentang Umno hari ini? Sejumlah pemimpinnya sekarang terlibat dengan tuduhan rasuah. Adakah saudara fikir bahawa parti ini boleh berubah dan bebas dari masalah ini?

Marzuki: Ini pandangan peribadi saya, saya melihat Umno ni telah rosak daripada pimpinan hingga ke akar umbi, kerana bagi Umno keutamaan mereka adalah kepentingan mereka bukan soal negara. Sebab tu saya kata tak guna kita mempunyai parti kuat tapi negara hancur. Saya tak lihat bahawa Umno ni dapat diperbaiki lagi.

Walaubagaimanapun, sebagai seorang ahli politik, saya lebih nak fokus kepada  parti saya Pejuang. Biarlah pergolakan yang berlaku dalam Umno tu kita sama-samalah saksikan kesudahan. Saya dah sebut tadi sukar untuk kita nak mengubah Umno ni kerana dulu saya dah melalui pengalaman bila mana kita dikecam dengan begitu teruk sekali.

Bila mana kita melawan umno bukan kita dikecam kerana soal negara, tapi kerana kita lawan parti. Mereka lebih sanggup lihat negara hancur daripada parti Umno tu hancur. MK

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker