Saya sudah lama nasihat Anwar, kata Rafizi

Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memberitahu beliau sudah lama menasihatkn Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang individu-individu tertentu dalam parti itu yang digelar “sangat kuat membodek”.

“Ini permainan budak-budak keliling Anwar Ibrahim yang hanya muncul lepas beliau dibebaskan dari penjara dan menjadi bakal PM; yang sangat kuat membodek demi tempat kalau beliau jadi PM.

“Kalau Anwar Ibrahim tidak segera bertindak, beliau akan pikul biawak hidup. Saya dah nasihat lama,” kata Rafizi di Twitter pagi ini.

Kenyataan bekas Ahli Parlimen Pandan itu sebagai reaksi beliau terhadap laporan berita sebuah portal berkenaan desakan Pemuda PKR agar ketua mereka, Akmal Nasir meletak jawatan.



Terdahulu, tersebar tangkap layar perbualan antara Akmal selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersama beberapa Exco sayap parti itu yang mempertikaikan kegagalan Anwar mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan.

Berikut dikatakan komentar terperinci Rafizi berhubung isu tersebut yang tersebar di media sosial:

“Dah dua tahun saya tak ambil tahu mengenai perjalanan politik negara atau parti. Memang niat saya untuk tinggalkan politik ini kepada yang lain.

Kebelakangan ini ramai yang berhubung bertanya mengenai dakwaan Akmal Nasir yang kononnya menghina Anwar Ibrahim



Ini pandangan saya.

Pandangan saya diketahui umum oleh reformis dan veteran parti.

Ramai juga yang tahu dan sedar yang ada beberapa kerat yang mengelilingi Saudara Anwar ini adalah oportunis haprak yang membawa budaya berbahaya dalam parti: mereka bawa budaya gangster dan politik wang menabur duit dan janji.

Saya pernah tegur Saudara Anwar sejak dua tahun lalu.



Jadi teguran Saudara Akmal ada asasnya.

Saudara Anwar perlu pandai pilih orang kelilingnya yang menjadi penjaga tol ke pejabatnya.

Dulu pilih Azmin, tengok apa yang jadi.

Yang ada sekarang ni pun dua kali lima. Semasa kita berjuang dan keluar masuk lokap untuk membebaskan Anwar, dia tak pernah ada pun.



Bila dah menang tahun 2018, berhari-hari dia berkampung di depan Hospital Cheras untuk mula menempel.

Tiba-tiba menjadi pembela parti dan orang paling setia kepada Anwar Ibrahim, sedangkan tindak tanduk mereka boleh menjatuhkan parti dan Anwar Ibrahim.

Sekarang mereka mula pula sasarkan pimpinan seperti Akmal untuk diburukkan supaya mana-mana pimpinan yang boleh ada pandangan bebas dan kekuatan yang boleh mengancam mereka menjadi pembodek tegar; perlu disingkirkan dengan cara ini.

Orang tanya saya kenapa saya tak berminat. Tak kasihankan dengan Anwar Ibrahim?



Saya jenis yang tak suka bercakap benda yang sama berulang-ulang. Kalau dah nasihat itu telah diberi dan nampaknya tidak berkesan, maka biarlah Saudara Anwar tanggung sendiri risiko menyimpan jenis-jenis oportunis dikeliling beliau.

Saya nasihatkan kepada semua yang berhasrat menunggang parti ini demi kekayaan dan kedudukan peribadi – lebih baik jangan kacau saya.

Saya mungkin tidak berminat untuk turut serta; tapi saya masih benci jenis-jenis politikus yang banyak merosakkan nama baik politik. Dalam mana-mana parti, ada saja species ini.

Kalau spesies ini banyak buat kacau, boleh saja saya kacau balik.”



Rafizi Ramli

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker