Minta Maaf, ‘Tang’ Mana Yang Mahathir, PH Berjaya Tangani Krisis Kewangan? – Najib Razak

 

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Oleh sebab prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) ‘amat baik’, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) pun tumbangkan kerajaannya, sinis Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Katanya lagi, kemudian Tun M pula mengeluarkan kenyataan bahawa prestasi kerajaan PH amat baik dengan mengaku berjaya menangani krisis kewangan dan hutang negara.

“Aduh… ini mesti kes Menteri Kewayangan dan Menteri Ekonomi PH memberi laporan palsu dan cerita dongeng pada Tun M.

“Untuk maklumat Tun M, semasa pentadbiran PH yang ‘amat baik’ pasaran saham Malaysia menjadi paling corot dalam dunia dikalahkan oleh Zimbabwe. Nisbah hutang negara naik dari 48.7% ke 54.4% setelah PH menambah hutang negara sebanyak RM140 bilion.

“Defisit negara untuk dua tahun berturut-turut adalah lebih tinggi berbanding masa BN (Barisan Nasional), pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara tahun 2019 menjadi paling lemah sejak 10 tahun lalu sebelum krisis COVID (COVID-19).

“Pelaburan langsung asing (FDI) jatuh ke paling lemah dalam rantau ASEAN, negara mengalami aliran keluar dana asing sebanyak RM25 bilion pada tahun 2018 dan 2019 berbanding aliran masuk dana asing sebanyak RM11 bilion pada tahun 2017,” bidas Najib yang juga Perdana Menteri Keenam dalam satu entri di Facebook.

Begitu juga tambahnya hibah dan dividen-dividen tabung rakyat menjadi paling rendah dalam sejarah untuk dua tahun tersebut.

 

Anwar telah diberi peluang, bila negara di saat krisis, Anwar gagal mentadbirnya – Mahathir

“Aset bersih Khazanah Nasional jatuh dari RM116 bilion ke RM73 bilion setelah PH menjual aset negara secara lambak. Petronas diturunkan penarafan dua kali setelah PH jarah RM84 bilion dari rizab tunai RM176 bilion ditinggal BN.

“Eksport negara semakin turun sehingga menjadi pertumbuhan negatif pada tahun 2019 sebelum krisis COVID bermula, jurang pendapatan (Gini coefficient) melebar semula iaitu buat kali pertama sejak tahun 2004, hubungan antarabangsa Malaysia semakin tegang dan rakyat disuruh ikat perut dan tidak iri hati orang kaya.

Tang mana yang Tun M berjaya tangani krisis kewangan? Soalnya lagi.

Jelas Najib, negara tidak mengalami apa-apa krisis ekonomi sebelum Tun M menjadi Perdana Menteri Ketujuh dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.9%, kenaikan eksport 18.9%, penurunan defisit kerajaan dan nisbah hutang negara ke 2.9% dan 48.7% masing-masing, dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) paling tinggi sejak 20 tahun lalu, pasaran saham Malaysia menjadi pasaran saham paling lama menaik (world’s longest bull-run market) dalam dunia sehingga mencapai tahap tertinggi 1,896 mata sebulan sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

“Lepas Tun M jadi PM7, barulah ekonomi menjadi teruk.

“Melayu (dan Malaysians) tak mudah lupa,” tegasnya lagi.

Tun M, sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah portal berkata kerajaan PH yang dipimpinnya mencapai prestasi yang amat baik termasuk menangani krisis kewangan dan hutang negara. – UMNO ONLINE

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker