PM guna nama sebenar dalam semua proklamasi darurat


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggunakan namanya dalam kad pengenalan – iaitu Mahiaddin Md Yasin – dalam kesemua empat proklamasi darurat.

Tiga proklamasi darurat pada November dan Disember tahun lalu melibatkan penggantungan PRK Batu Sapi, Gerik dan Bugaya.

Proklamasi keempat pula berkuat kuasa pada 12 Januari yang melibatkan seluruh negara.

Dalam kesemua proklamasi ini, istilah “kami” digunakan untuk merujuk dua pihak terlibat iaitu Yang di-Pertuan Agong dan perdana menteri.



Ada apa pada nama?

Penggunaan nama lain atau nama pendek oleh ahli politik bukanlah sesuatu di luar kelaziman.

Misalnya, nama Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg sedikit berbeza berbanding nama sebenarnya, iaitu “Zohari”.

Nama perdana menteri dibangkitkan di mahkamah selepas dia menggunakan nama “Muhyiddin” dan bukannya Mahiaddin dalam perintah penahanan yang ditandatanganinya pada 9 Mac 2020.



Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan perintah itu tidak sah kerana menggunakan nama yang salah, bertentangan dengan Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969. Mk

Mahkamah batal perintah penahanan kerana nama ‘glamor’ Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker