Najib persoal pemimpin India sokong LTTE bantu kempen PRU14 DAP

Najib Razak mempersoal kehadiran ahli politik dari selatan India, Senthamizhan Seeman yang dikesan menyokong perjuangan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan dilihat membantu kempen DAP pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Jika DAP tidak ada kaitan dengan kumpulan pengganas LTTE, kenapa Seeman membuat video bersama menteri DAP untuk bantu DAP berkempen masa PRU14.

“Individu dalam video itu adalah menteri DAP dengan Seeman. Bendera DAP juga jelas kelihatan,” katanya di Facebook dengan memuat naik pautan video yang memperlihatkan kehadiran Seeman yang duduk bersama seorang menteri dipercayai pemimpin parti berkenaan.

Najib turut memuat naik tangkap layar laporan berita memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin yang mengesahkan DAP tidak terbabit dengan kumpulan pengganas LTTE, meskipun dua Adunnya didakwa di mahkamah.



Muhyiddin semalam di Dewan Rakyat berkata, penahanan beberapa individu termasuk pemimpin DAP awal bulan ini hanya membabitkan tindakan individu terbabit dan bukan mewakili organisasi parti politik.

Awal bulan ini, dua Adun DAP merupakan antara 12 individu ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan usaha menghidupkan semula LTTE di Malaysia.

Individu terbabit dilaporkan bukan saja mempromosi, menyokong, menghasut dan menggalak orang ramai, malah turut mencari dana untuk kumpulan pengganas LTTE.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pernah berkata tindakan polis menahan 12 individu itu adalah mengikut lunas undang-undang sementara beberapa pihak melabel DAP mempromosikan keganasan.



FMT

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker