Enggan bersama patuh kepada BN Sabah, Shahelmey sedia dikenakan tindakan

Adun Tanjung Keramat dari Umno, Shahelmey Yahya, menyatakan bantahannya terhadap langkah BN Sabah menarik balik sokongan mereka kepada pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan pemimpinnya, Hajiji Noor, sebagai ketua menteri.

Ketika ditemui di Kota Kinabalu hari ini, Shahelmey berkata tiada alasan konkrit bagi BN membuat keputusan sedemikian malah ia hanya akan membawa pergolakan politik di negeri itu.

“Ya saya tidak hadir (dalam sidang media diadakan pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin) disebabkan saya tidak menyokong gerakan yang dibuat oleh Bung dan juga rakan-rakan (pada malam tadi) kerana saya berpendapat ini bukan masanya yang sesuai untuk kita mentidakstabilkan kerajaan ataupun menukar kerajaan,” katanya.



Shahelmey yang juga yang juga Ahli Parlimen Putatan menambah pentadbiran Sabah yang dikendalikan GRS dan BN telah menjalankan tugas cemerlang dalam tempoh dua tahun lalu.

Katanya, hal itu dapat dilihat terutamanya apabila hasil negeri meningkat kepada RM6.6 bilion pada 2022 berbanding kurang daripada RM5 bilion pada 2021.

“Kita juga berjaya menarik pelabur dengan jumlah pelaburan melebihi RM33 bilion,” tambahnya. “Jadi, kenapa kita hendak melakukan satu pertukaran kerajaan tanpa sebab-sebab yang konkrit yang mengakibatkan persepsi bahawa politik negeri tidak stabil dan ini akan menghindar para pelabur atau mengurangkan keyakinan pihak pelabur untuk datang melabur di negeri ini.

Menurut Shahelmey lagi sekarang adlaah masa untuk bekerja dan membangunkan ekonomi negeri demi memajukan Sabah.



“Jadi saya tidak bersetuju (dengan tindakan Bung), itulah sebab kenapa saya tidak datang (sidang media),” katanya.

Shahelmey adalah antara lima Adun Umno yang tidak hadir sidang media itu kerana tidak bersetuju dengan keputusan parti.

Bung berkata parti akan mengambil tindakan yang perlu termasuk tindakan tatatertib terhadap mana-mana wakil rakyat yang tidak menyokong keputusan parti.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Shahelmey berkata dia bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang diambil partinya



“Tindakan tegas dikenakan itu hak parti dan terpulang…saya bersedia,” katanya lagi.

GRS menguasai 29 kerusi dalam dewan. Kerajaan itu juga mendapat sokongan dalam bentuk perjanjian keyakinan dan pembekalan (CSA) daripada 14 Adun daripada pelbagai parti, termasuk tujuh daripada Pakatan Harapan.

Warisan – parti pembangkang tunggal di Sabah sebelum ini – mempunyai 19 Adun.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]



Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar

Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker