Pengupas kelapa tetak tangan dan kaki ayahnya


Pengupas kelapa didakwa kerana cederakan bapa menggunakan parang

KUALA TERENGGANU: Gara-gara mencederakan tangan kanan dan kaki kiri bapanya menggunakan sebilah parang, seorang pengupas kelapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Khamis.

Bagaimanapun, tertuduh Mohd Firdaus Che Lah, 33, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas mangsa, Che Lah Awang, 78, dengan menggunakan sebilah parang di sebuah rumah di Marang, pukul 9 pagi , 1 Mei lalu.



Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut seksyen 326A KK.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan serta tidak boleh menganggu mangsa dan saksi pendakwaan sepanjang prosiding berkenaan. Awani



Penganggur didakwa tetak emak sampai mati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker