Rizal Rickman Ramli ganti Zeti sebagai pengerusi Sime Darby Property

Rizal Rickman ganti Zeti sebagai pengerusi Sime Darby Property

KUALA LUMPUR: Rizal Rickman Ramli ganti Zeti sebagai pengerusi Sime Darby Property. Sime Darby Property Bhd telah melantik Rizal Rickman Ramli sebagai pengerusi menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang telah bersara selepas memegang jawatan tersebut selama tiga tahun.

Rizal adalah Ketua Pegawai Pelaburan, Pelaburan Swasta dan Strategik, Permodalan Nasional Bhd (PNB), beliau kini menguruskan tiga aset utama iaitu pelaburan strategik, pasaran persendirian dan hartanah.

PNB memiliki kepentingan majoriti sebanyak 51.1 peratus dalam Sime Darby Property.



“Rizal sebelum ini memegang jawatan sebagai Naib Presiden Eksekutif PNB (Ketua Pegawai Pelaburan, Hartanah) dan Naib Presiden Eksekutif (harta/hartanah) sebelum memegang jawatannya sekarang,” kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Sebelum menyertai PNB, Rizal adalah Rakan Kongsi Pengurusan Negara Boston Consulting Group (BCG) di Malaysia dan menguruskan tugasan pelanggan daripada lebih 10 negara.

Arifin Zakaria dilantik Pengerusi Kumpulan PNB



Bidang kepakarannya meliputi pembangunan strategi (inovasi dan pertumbuhan model perniagaan) serta transformasi peringkat korporat dan industri.

Rizal Rickman Ramli mempunyai Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Kellogg School of Management, Northwestern University, Amerika Syarikat.

Sime Darby Property dalam laporan tahunan 2020 berkata Zeti akan mengekalkan jawatannya sehingga mesyuarat agung tahunan ke-48 yang berlangsung pada 6 Mei tahun ini.

Bekas gabenor Bank Negara Malaysia itu dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas Sime Darby Property pada 23 Julai, 2018.



Beliau mengambil alih jawatan daripada Tan Sri Abdul Wahid Omar yang bersara pada akhir Jun, 2018.

— BERNAMA


Baca Artikel Berikut :


Kontrak Tidak Disambung, Posisi Zeti Aziz Sebagai Pengerusi PNB Bakal Diganti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker